Wednesday, December 19, 2007

INBOIS REKA SENDIRI

Muka tak malu, guna inbois reka sendiri
Dapat duit untuk makan anak bini
Gaji besar tak cukup lagi

Jadi pentadbir organisasi Islam Hadhari
Anak buah diligan hari-hari
Sumpah seranah hingga lupa diri
Macamlah dia, ada imuniti.

Menjawablah kau kepada Illahi
Berbuat khianat kepada agama, bangsa dan staf sendiri
Sampai ada yang tak tahan, cabut lari
Sekarang sampai giliran kau pula yang menanti

Kalau Paklah tahu, entah apa nak jadi
Belum lagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Orang nombor tiga senang kau kaburi
Lima belas ringgit sekilo, kerang dibeli

Tuntutan dibuat, kerap sekali
Claim di Putrajaya, majlis buat di Bangi
Tapi kedua-duanya sapu sekali
Tak cukup dokumen, inbois reka sendiri

Buat program di sana sini
Jaja nama PM, konon untuk program Hadhari
Tapi rupanya untuk penuhkan poket sendiri
Bukan orang tahu, esok buat lagi

Ya Allah selamatkan lah orang ini
Siapa namanya?…..entah…..Ah!....zzzzzz!

Allahualam!

1 comment:

Ikan Laga said...

Terkejut saya bila baca tulisan En. Lok kali ni...jarum yg patah eloklah dibuang...ye tak En. Lok?

Mungkin sy x biasa dengan pencak silat politik di tanah air. Tapi sedikit-sebanyak dapatlah sy belajar dari En. Lok.

Elok juga berguru dengan En. Lok sebab semester ini sy dah ambil kursus minor yg baru - Sains Politik. Bolehlah sy rujuk En. Lok nanti, ok? hehe