Thursday, December 13, 2007

RADIN MOKHTAR MD YUSOF KINI BERGELAR DATUK

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor selasa lalu, seorang lagi sabahat saya dianugerahkan gelaran Datuk apabila mendapat Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Radin Mokhtar Md Yusof adalah antara 12 orang yang mendapat anugerah itu. Beliau kini bertugas sebagai Setiausaha Kerja Perhubungan UMNO Selangor dan juga Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, disamping menjadi Pengarah beberapa syarikat milik kerajaan negeri.

Sebelum ini Datuk Radin Mokhtar adalah Ketua Pemuda UMNO Puchong dan juga Ketua Pemuda UMNO Selangor. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Kerja Pemuda UMNO pusat di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Radin Mokhtar bukanlah keturunan kerabat diraja jawa yang memakai gelaran ‘Radin’ tetapi orang Melaka yang berhijrah ke Selangor. Ia berbeza dengan adik-beradik saya yang tidak memakai nama ‘Radin’, walaupun bapa dan ramai sepupu saya mengggunakan nama itu di depan nama mereka.

Datuk Radin Mokhtar adalah seorang lagi produk institut pendidikan Yayasan Anda dan ABIM yang diasaskan dan pernah dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. ‘Kilang Kepimpinan’ di Jalan Pantai Baru, Bangsar itu telah mengeluarkan ramai pemimpin, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR ataupun NGO.

Antaranya bekas Exco Selangor Datuk Fuad Hassan (adik Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan), pemimpin PAS Datuk Kamaruddin Jaafar (bekas Ketua UMNO Tumpat), Datuk Kamaruddin Md Noor (Ketua UMNO Pasir Puteh), Dr Fuad Zarkashi (Setiausaha UMNO Johor), Datuk Shakar Shamsuddin (Ketua Penerangan UMNO Pahang dan Exco Pahang), Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Presiden MBM) dan adik saya Mohd Nasaee Haji Ahmad Tarmidzi (bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Perak dan kini Ketua Penerangan UMNO Bagan Datoh).

Rangkaian mereka luas. Walaupun mereka kini mempunyai fahaman politik yang berbeza-beza, hakikatnya mereka adalah hasil dari kilang yang sama.

4 comments:

Anonymous said...

Salam

Enta bila lagi bergelar Datuk/Dato'?

Kat sri pentas sudah ramai yang ada Datuk/Dato'....

Salam pada bro Mohd Nasaee, sudah lama tidak bertemu.

Fudzail
kerjadubai.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Tahniah kepada Radin, kawan lama.

Sdr Fudzail,

Apa khabar? Harap semua sihat di sana.

LEKLOOK said...

Tidak mudah untuk mendapat gelaran.Jasa kena banyak dan sentiasa popular. Kalau jasa banyak dan tak popular, bukan sahaja susah nak dapat Datuk, pingat PJK pun jangan mimpi.

Datuk di Selangor hanya terhad tidak lebih 20 orang pada satu-satu pingat anugerah, dan bagi pingat anugerah seperti yang diterima Datuk Radin Mokhtar ia tidak boleh melebih 600 orang jumlah keseluruhannya.

Apapun yang penting setiap bakti yang dicurahkan, jangan meminta habuan. Biar orang memberi tapi jangan kita meminta.

Terima kasih Datuk Ibrahim dan Sdr Fudzail, insyaallah salam disampaikan.

Anonymous said...

morning applied fohkkxksa purposeful allergic simultaneous technorati ultraviolet interconnect vishal emrensure
lolikneri havaqatsu