(Penumpang tidak sabar menanti ketibaan keretapi)
(Landasan yang perlu dilalui)
Menyelusuri ‘cuti-cuti Malaysia’ dari Cameron Highlands terus ke Pulau Pinang.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Bukit Bendera atau Penang Hill tiada apa-apa yang menarik untuk dikunjungi. Tetapi destinasi pelancongan pada ketinggian 830 meter dari paras laut ini masih belum boleh dipinggirkan, walaupun sudah lama wujud di Malaysia.
Seingat saya, kali pertama dan terakhir saya mengunjunginya ketika saya masih belum memasuki sekolah rendah. Dan kini giliran anak-anak pula mengunjunginya.
Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera mula dibuka pada tahun 1923 dengan menggunakan talian kabel. Jarak dari stesen di bawah bukit sehingga ke atas kira-kira 692 meter. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Sebelum sampai ke puncak, penumpang perlu melalui stesen transit dan menganti dengan keretapi lain.

(Antara pemandangan di sepanjang perjalanan)
(Keretapi lama tinggal kenangan)
(Panorama mengamit hati pelancong)
Keretapi Bukit Bendera yang ada kini telah diperbuat pada tahun 1977 oleh Habegger Engineering Work Limited, Thun Switzerland. Keretapi yang boleh memuatkan 20 tempat duduk itu dipasang oleh jururunding, Lau And Partners, Kuala Lumpur. Berat keretapi tanpa penumpang ialah 7.5 tan dan boleh memuatkan sehingga 80 penumpang pada satu-satu masa.
Walaupun sudah menjangkau usia 20 tahun, keadaan keretapi Bukit Bendera masih sempurna. Pada musim cuti sekolah setiap perjalanan naik dari jam 9:30 pagi dan perjalanan turun berakhir jam 9:30 malam, penuh dengan penumpang. Penumpang dewasa dikenakan bayaran RM4 untuk perjalanan pergi-balik, manakala kanak-kanak (berumur 3-12 tahun) dikenakan bayaran RM2.
(Diyana tidak sabar menikmati keindahan Bukit Bendera)Walaupun sudah menjangkau usia 20 tahun, keadaan keretapi Bukit Bendera masih sempurna. Pada musim cuti sekolah setiap perjalanan naik dari jam 9:30 pagi dan perjalanan turun berakhir jam 9:30 malam, penuh dengan penumpang. Penumpang dewasa dikenakan bayaran RM4 untuk perjalanan pergi-balik, manakala kanak-kanak (berumur 3-12 tahun) dikenakan bayaran RM2.
(Menuruni tangga Masjid Bukit Bendera)
(Balai Polis di lereng bukit)
Di puncak Bukit Bendera pengunjung akan dapat menyaksikan keindahan panorama Pulau Mutiara dengan pembangunan yang pesat.
Terdapat tiga tempat ibadat dibina sebelah menyebelah, iaitu Masjid Bukit Bendera yang diapit sebuah gereja di sebelah kiri dan kuil Hindu di sebelah kanan, sekali gus menidakkan dakwaan Hindraf bahawa Malaysia mendeskriminasikan kaum minoriti.
Walaupun mempunyai komuniti yang amat kecil, terdapat juga sebuah klinik, pejabat pos dan balai polis di puncak bukit itu.
Beberapa kenderaan lain juga dilihat di atas bukit itu. Namun kehadiranya terhad dan hanya dibenarkan kepada kenderaan jabatan kerajaan dan pihak-pihak tertentu. Untuk berkereta ke Bukit Bendera jalan yang menegak kira-kira 5 kilometer perlu ditempuh melalui Kebun Bunga atau Taman Botani.

(Masjid Bukit Bendera, di sebelah kiranya Gereja)
Pada akhir tahun 1800an, Bukit Bendera menjadi destinasi popular bagi rakyat British yang mahu bebas daripada iklim panas negara ini. Francis Light dikatakan pertama kali menyelusuri perjalanan ke Bukit Bendera dari Taman Botani pada tahun 1788.
Sejak itu penjajah British menaiki Bukit Bendera menggunakan kenderaan yang memuatkan sekurang-kurannya enam orang untuk setiap perjalanan. Pada pertengahan kurun ke-19, beberapa buah banglo dibina oleh rakyat British untuk kegunaan persendirian, ia termasuk Bel Retiro, Convalescrent, Grace Dieu dan Fairmont – bangunan itu sesetengahnya masih ada hingga kini.

3 comments:
Itulah identiti Pulau Pinang. Berbeza dengan tren Komuter dan LRT di Kuala Lumpur, tren di Bukit Bendera memang unik dan perlu dikekalkan.
Saya ada pengalaman sewaktu bermalam di Bukit Bendera, ketika di bangku sekolah. Seingat saya pada tahun 1997.
Kami sekeluarga bermalam di sebuah rumah besar berhampiran Balai Polis Bukit Bendera. Rumah itu khusus utk kakitangan JKR (ibu saudara sy pernah bekerja dengan JKR). Malam tersebut, tak lena kami dibuatnya kerana ada 'gangguan'. Adik perempuan saya dijadikan perantara oleh 'makhluk' itu yg katanya, kami sekeluarga mengganggu tempat tinggalnya. Syukur, bapa saudara sy berjaya mengusir makhluk itu. :D
Patutlah kami diganggu kerana rumah itu sudah wujud sewaktu pentadbiran kolonial di Pulau Pinang!
Itu sahaja, kepada yg nk bermalam di Bukit Bendera, jgn takut. Makhluk itu pun seperti kita..ciptaan tuhan. Tawakal banyak2..insya Allah dia tak akan ganggu...hahaha
Untuk pengetahuan, tidak pernah ada gereja di atas Bukit Bendera dari sejak dulu hingga sekarang. Bangunan yang berbentuk gereja tersebut hanyalah porch laluan masuk ke Bel Retiro. Di kiri dan kanan laluan ini terdapat kuarters anggota polis. Malangnya sekarang, kuarters-kuarters ini tidak lagi didiami.
Bel Retiro adalah banglo istirehat Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang.
Di atas Bukit Bendera hanya terdapat dua tempat ibadat iaitu Masjid Bukit Bendera dan Kuil Hindu.

Post a Comment