Dalam kehidupan moden ini masih ada orang hidup tanpa rumah. Di Klang ada seorang lelaki tinggal di pinggir hutan, tanpa rumah. Lelaki dalam lingkungan awal 40an itu dikatakan dihalau dari rumah oleh bapanya yang sudah berkahwin lain.
Sebelum ini dia tinggal di bawah jambatan. Kerana selalu diejek dan dihina dia berpindah ke pinggir hutan. Ramai beranggapan dia gila, tetapi rupanya lelaki itu berilmu dan mahir dalam sejarah negeri Melaka, malah dia pandai berbahasa Jerman.
Yang amat menyedihkan dia hanya mampu makan daripada sisa yang dibuang di tempat pembuangan sampah. Apabila krew berita TV9 menemuinya setelah menjejaki lorong ‘kediamannya’, lelaki itu sedang menjamah nasi basi dari bungkusan yang dibuang orang.
Ikuti kisah lelaki makan sampah dalam Berita TV9 esok, bersama Zuhairah Mustafa Al-Husin.
No comments:
Post a Comment