Wednesday, November 21, 2007

KENA JAWAP DI MAHKAMAH KERANA SIARKAN BERITA

Sehari tidak bekerja hari ini banyak perkara boleh dilakukan. Namun saya memilih untuk bersenang lenang selepas pada sebelah pagi pergi ke pejabat ADUN Seri Serdang yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong, untuk urusan surat sokongan.

Di pejabat UMNO Bahagian itu, saya turut bertemu Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Senan Wahid. Banyak perkara dibualkan termasuk strategi memperkukuhkan pengurusan parti peringkat bahagian. Antaranya saya cadangkan supaya jawatankuasa pengurusan parti turun padang melawat cawangan-cawangan bermasalah.

Selain itu majlis-majlis penerangan secara besar-besaran turut dicadangkan lagi dan meminta bantuan daripada Jabatan Penerangan Khas (JASA).

Dan ketika berehat di rumah sambil melayari internet, saya mengambil telefon tangan dan terpandang ada pesanan SMS. Pesanannya ringkas meminta saya menghubungi pengirim.

Pengirim adalah setiausaha bekas bos di jabatan berita. Beliau memberitahu bahawa laporan berita dari Pahang yang disiarkan lebih setahun lalu mendapat perhatian mahkamah.

Dalam hati saya berkata, “sejak berkhidmat di jabatan berita tak pernah kena saman, ingatkan boleh terlepas kerana selama ini orang lain aje yang sangkut. Rupanya kena jugak”.

Saya sepatutnya diminta hadir pada mesyuarat hari ini mengenai tindakan mahkamah berhubung penyiaran berita itu. Tetapi kerana saya bercuti, saya hanya dimaklumkan mengenai tindakan saman itu.

Sebagai editor atau penerbit berita yang menjadi pengamal media memang terdedah dengan tindakan saman seperti itu. Untuk memegang jawatan itu seseorang harus bersedia meletakkan sebelah kaki di penjara.

Oleh itu sebagai ‘gate-keeper’ mereka perlu peka dengan fakta dan kesahihan berita yang ‘dilepaskan’. Bagaimanapun tanggungjawap wartawan di lokasi terutama yang bertugas di luar daerah amat penting dalam menentukan kesahihan sesuatu berita. Ini kerana mereka dekat dengan sumber maklumat.

Dan seperti biasa jika laporan berita itu mempunyai bukti kukuh, tindakan saman boleh dicabar di mahkamah. Di sinilah peranan wartawan yang menulis berita itu untuk menegakkan kebenaran.

Kepintaran wartawan memberikan bukti akan membantu organisasi media dan ‘gate-keeper’ yang bertugas daripada dikenakan tindakan mahkamah. Berdoa aje le……..

2 comments:

Mr. Ikan said...

En. Lok...

Berita ape yg kena tindakan mahkamah tu? Harap2 En. Lok terlepas dari tindakan mahkamah.

Ya, en. Lok pun pernah berkata dulu bahawa "sebelah kaki di mahkamah". Hehe...dah macam azimat pulak ayat tu.

Perkara ni sy akan jadikan iktibar. Nasihat en. Lok juga saya pegang...Insya Allah.

Terima kasih!

Wassalam



Ikan Laga

LEKLOOK said...

Mr Ikan, begitulah adat bekerja sebagai wartawan, tidak seperti hartawan.