Islam Hadhari adalah suatu kaedah ( manhaj ). Pendekatan Hadhari mencerakinkan kepertanggungjawaban kerajaan dalam mencapai matlamat.
Sayangnya pendekatan ini menjadi isu politik yang menjadi medan pertembungan tanpa kesudahannya. Kalau pendekatan ini dimula dan digerakan di universiti tentu sekali tidak akan menjadi isu yang berlarutan.
Sesetengah ilmuan agama menolak pendekatan ini secara emosional yang berasaskan semangat kebencian berpuak.
Di Selangor misalnya, yang halal menjadi haram dan yang haram menjadi halal . Isu babi yang jelas akan haramnya tetapi boleh menjadi halal apabila dilihat ada nilai komersial yang diperolehi darinya.
Pendekatan Islam Hadhari yang merupakan suatu manhaj berasaskan nas dan dalil yang dikemukakan boleh diharamkan atas kehendak dan tuntuan emosi hasil pertembungan ideologi yang berbeza. Ikuti penjelasan lanjut isu ini di sini.
2 comments:
Kesilapan utama ialah apabila Islam ditambah Hadhari, jadi islam hadhari. Ini memang mengelirukan. Apa salahnya seperti 'masyarakat madani', sekadar 'Pendekatan Hadhari'? Mufti Perlis sendiri memberi pendapat serupa.
Berkaitan isu babi di Selangor, bukankah pemain utama sebelum ini adalah UMNO sendiri? Membaca penerangan kerajaan baru Selangor memang ada justifikasi, wang bukan dari kerajaan negeri dan lokasi adalah lokasi asal. Islam tidak sesempit yang kita amalkan, babi itu haram untuk dimakan, tetapi ada keperluan untuk mereka yang bukan Muslim. Kalau UMNO/BN boleh menghalalkan judi di Genting Highland, TOTO dsbnya, apakah ladang babi yang bersih dari penyemaran alam sesuatu yang keji?
Bagi saya yang pernah menetap di negara orang putih dan kini tanah Arab, mungkin lebih terbuka untuk melihat diluar kepompong dan tempurung politik sempit kepartian.
Banyak perkara, terutama kalau datang dari media perdana (media prima...), tidak boleh dipercayai bulat-bulat. Terlalu banyak fakta yang diselewengkan atas dasar ideologi parti kerana semua media perdana dimiliki oleh parti UMNO dan komponen BN. PEMBANGKANG semua tidak betul....berita pun diselewengkan, tidakkah itu berdosa buat pengamal media?
Berbalik dengan islam hadhari, saya berpendapat yang branding ini mengelirukan sekali.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG terpanggil mengulas keluhan Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar yang mendakwa, permintaannya un- tuk ke udara di stesen radio Perak FM tidak dilayan sehingga kini.
Sejauh mana kebenaran kata-kata be- liau belum dapat dipastikan kerana kita juga perlu berlaku adil kepada RTM, yang mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
Apa pun, Awang harap Perak FM da- pat memberi peluang kepada Mohammad Nizar tanpa mengira faktor politik.
Biarpun menerajui kerajaan campuran DAP-Pas-PKR, beliau atas kapasiti menteri besar sewajarnya diberi kesempatan menyampaikan visi dan pandangan menerusi stesen radio dan biarlah rakyat menilai.
Awang tidak nampak ada sebarang masalah apatah lagi Kementerian Penerangan di bawah teraju menterinya, Ahmad Shabeery Cheek melaksanakan dasar yang lebih terbuka.
Jika RTM boleh memperkenalkan pro- gram Blog di TV1 yang memberi peluang kepada pengendali blog bercakap bebas dan mengkiritik kerajaan pusat, tiada sebab mengapa Menteri Besar Perak tidak diberi peluang.
Maka permintaan Mohammad Nizar itu ada merit untuk dipenuhi.
Awang – Bukan hanya menghentam.

Post a Comment