Hari ini terpaksa memerap di rumah, dapat MC kerana diserang GOUT, penyakit disebabkan lebihan urik asid (uric acid) dalam badan.
Semalam terpaksa berjalan bertatih di tempat kerja dan menerima suntikan daripada Dr Rohaya Ramli. Lega sedikit sesampainya di rumah malam tadi, tetapi memuncak sakitnya pagi ini. Tak tau kenapa? Mungkin malam tadi makanan yang dijamah mengandungi bahan yang meningkatkan kandungan urik asid.
Lupakan kerja di pejabat dan teruskan dengan pemakanan ubat yang diberikan oleh doktor.
Setahu saya, ini kali keempat saya mengalami GOUT yang amat sangat. Sebelum ini sehari sebelum hari raya, saya diserang GOUT ketika memandu kereta pulang dari menjaga emak di hospital. Dan menjelang tengahari kaki saya tidak dapat memijak.
Selepas berjumpa doktor, terpaksa berbaring di sofa sambil menganyam ketupat. Doktor melarang berpuasa kerana perlu mengambil ubat (colchicine) setiap jam bagi meredakan bengkak dan sakit.
Alhamdullilah, menjelang Isyak saya boleh berjalan dan menunaikan jemputan bertakbir di rumah seorang kawan. Dan boleh sembahyang raya keesokannya.
Ketika memberitahu kepada COO semalam mengenai sakit yang saya alami, beliau secara bergurau berkata, "tulah banyak sangat tulis dalam blog". Kata-kata itu mungkin dirujuk kepada kemunculan saya dalam rancangan HUJAH. Tapi saya jawap, "ala, nak tulis seminggu sekalipun susah.'
GOUT dikaitkan dengan pembengkakan tulang dan ligamen dalam sendi-sendi yang menyebabkan pembentukan asid urik kristal. Penyakit ini dikatakan kerana pengambilan terlalu banyak daging, garam dan kurang mengambil bahan mentah serta memakan makanan pengaktif enzim.
Tanda-tanda awal GOUT adalah bengkak serta sakit secara tiba-tiba di jari kaki dan sendi. Sendi akan mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan akan menjadi merah dan lembut. Terdapat sedikit demam dan berpeluh. Bahagian yang sakit tidak boleh disentuh dan menyukarkan pergerakkan.
GOUT dikatakan penyakit keturunan (genetik) dan tiada pemakanan seimbang. Ini diakui kerana bapa, abang dan adik-adik juga pernah dan mengalami penyakit yang sama. Seorang abang pernah dipapah dan disorong dengan kerusi roda ketika melawat Libya. Manakala bapa masih lagi terus menerus mengalaminya dan sentiasa berbekalkan ubat GOUT kemana sahaja beliau pergi.
Dianggarkan nisbah 97 lelaki kepada 3 wanita mengalaminya. Pesakit biasanya lebih daripada 45 tahun, gemuk, makanan berlebihan dan tidak bersenam.
......tak boleh nak teruskan.....macam nak muntah dan pitam! (kesan pengambilan colchicine).
5 comments:
Salam Sdr Lokman,saya doakan agar sdr cepat sembuh dan jangan terlalu kuat kerja sampai lupa pulak nak makan ubat.Sememangnya kita yg berumur ni perlu jaga makan & minum tak macam dulu lagi.Zaman RMC dah 30 thn berlalu.Kalau dulu semuanya laju kini dah perlahan..!!Okay, take care!!
Terima kasih skot,
Sesungguhnya sahabat yang sejati adalah sahabat yang berada di sisi kita semasa susah.
Sdr Lok,
Ada seorang kawan yang kena gout mengamalkan minum sparkling juice untuk menghilangkan sakit.
Boleh cuba. Cuma jangan berlebihan kot. Nanti kena kencing manis pulak.
Tq Datuk, saya cuba cari
Lok,
Saya doakan saudara cepat sembuh.
Azmi Atan "veteran" gout. Mungkin dia ada petua tahan sakit.
Sa'ad
Post a Comment