Monday, May 19, 2008

MAHATHIR KELUAR UMNO

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini hari ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.
(Petikan BERNAMA)
(Tak masuk UMNO balikpun tak apa!)

4 comments:

Unknown said...

Salaam
Apakah kata-kata penutup berwarna merah itu mengambarkan perasaan?
Mahathir mungkin desperado setelah Lapuran kes video Lingam mendedahkan memang berlaku salah laku dalam pemilihan hakim-hakim dibawah pertadbiran beliau.

Memang babak-babak pasca-tsunami diisi dengan kejutan dan kalau ramai wakil rakyat UMNO di Parlimen mengikut jejak Mahathir, apakah kerajaan akan bertukar?

Cukup menarik perkembangan terkini ini!

Fudzail
Dubai
(Yang sudah keluar UMNO sejak 1998 lagi...kini sekadar NGO dan tidak akan sertai mana-mana parti politik!)

LEKLOOK said...

Salam,
Sahabatku Fudzail, selepas ini bekas Setiausaha agung UMNO, ta Sri Sanusi Junid juga akan mengikut jejak mentornya keluar UMNO. Dan mungkin ramai lagi pengikut setianya berbuat begitu.

Tak apalah. Orang yang hebat tidak akan merosakan parti tetapi berjaya memulihkan parti.

Anonymous said...

Salam tuan, ahli yang meninggalkan parti ketika dihimpit masalah bukan ahli sejati tapi ahli x da kualiti..seperti sahabat kita meninggalkan kita masa kita bermasalah...apa kita kata kat dia kalau dia dtg selepas kita dah settle masalah...blah la..aku x da kawan cam ngkau la..

Anonymous said...

Salam.

TDM dulu pernah kata sayangkan UMNO tapi bila kena usik sikit mana tak kena dengan dia, habis semua kesetiaannya.

Apa nak jadi dengan anak bangsa yang selama ini kononnya perlu berjuang untuk bangsa, kalau orang yang pernah jadi nombor satu partipun cakap tak serupa bikin.

Sebenarnya TDM lah yang menjadi punca selama ini. UMNO pecah dan tertubuh Semangat 46 dan UMNO bocor ahli masuk PKR dan PAS - semuanya pasal dia.

Jangan hiraukan sangat tindakan TDM tu. Teruskan perjuangan! Hidup UMNO