Hari ini semua adik-beradik berkumpul di Tanjung Malam. Kami menyewa sebuah hotel dengan 25 buah bilik. Walaupun bertaraf 3 bintang, kemudahan WiFinya mengkagumkan.
Kami berkumpul sejak jam 10 pagi tadi di rumah kakak, yang dimulakan dengan majlis angkat nikah anak perempuannya. Rombongan penganti lelaki dari Ampang tiba awal dari yang dijadualkan. Saya antara adik-beradik yang tiba awal, beberapa minit sebelum pengantin lelaki tiba.
Selepas majlis angkat nikah kami enam beradik yang tinggal di Kuala Lumpur beserta keluarga masing-masing 'check-in' di hotel berkenaan.
Seperti biasa sayalah yang mendapat banyak bilik. Tiga bilik untuk lapan isi rumah. Yang lain-lain tu ada yang dapat satu dan dua bilik mengikut kapasiti yang dibawa.
Malam ini majlis khatam Quran diadakan selepas solat Isya. Tiga anak perempuan saya menyertai majlis itu.
Sementara menunggu malam, pelbagai aktiviti bebas dilakukan. Yang perempuan rupanya mengambil kesempatan "shopping" di Jackel Riamoda di pekan Tanjung Malim.
Gedung itu dikatakan menawarkan potongan harga murah sempena promosi hebatnya. Namun mereka mendapat harga lebih istimewa selepas abang Zahid menghubungi taukehnya yang juga rakannya di Kuala Lumpur.
Yang lelaki pula pergi ke kolam ternakan ikan tidak jauh dari Proton City. Ikan "fresh" itu dikatakan untuk lauk tambahan dan "special" untuk malam ini.
Sebahagian pula melelapkan mata dalam bilik hotel. Anak-anak saya ada diantaranya asyik berdepan laptop yang dibawa.
Esok masing-masing berbaju melayu coklat sebagai warna tema pihak perempuan. Majlis perkahwinan berlangsung di sebuah dewan bersebelahan Universiti Perguruan Sultan Idris, dekat pekan Tanjung Malim.
Biasanya pada majlis-majlis begini sahaja kami adik-beradik dapat berkumpul. Sahabat handai, rakan tolan dari jauh dan dekat pasti akan turut hadir.
4 comments:
Salam tuan, membahagiakan kerana dapat bertemu adik beradik, menyenangkan kerana hotel 3 bintang dengan kemudahan WiFi yang mengkagumkan, berkat kemakmuran dan visi pemimpin. Selamat berkumpul.
Sdr Lokman, dapat saya bayangkan kemeriahan & kegembiraan sdr & sanak saudara yg berkumpul.Inilah yg dikatakan kebahagiaan.Saling sayang menyayang, hormat menghormati & bertolenrasi sesama saudara. Kebahagiaan yg dibina bersama.
Terima kasih, semuga kebahagian kita semua akan terus kekal. Namun di sebalik itu semua, kami masih mempunyai emak yang berkeseorangan di wad. Malam tadi ada adik yang menunggu emak, insyaAllah malam ini giliran yang lain. Selepas ini balik Kl kita akan menziarahi emak lagi.
Sdr Fauzi, isteri saya kirim salam untuk isteri anda.
Sdr Lokman,salam isteri sdr tlh disampaikan & isteri saya juga kirim salam kpd sdr berdua,agak lama juga kami tidak berkunjung kerumah sdr katanya.Insyallah, kalau ada kelapangan nanti kami akan ke KL.Terima kasih.
Post a Comment