Hari ini sudah lima hari emak di hospital. Masih tidak bercakap sejak dibawa dari kampung sabtu lalu. Sebelum itu bapak beritahu emak tidak bercakap dan lemah sejak tiga hari, dan mahu anak-anak balik.
Kerana tiada siapa yang menjaganya (selain dua pembantu rumah Indonesia) kami adik-beradik sepakat membawanya ke Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), hospital yang selalu emak dan bapak bertandang.
Setiap tiga bulan, sama ada emak atau bapak akan duduk di KBMC sekurang-kurangnya dua minggu. Staf di KBMC sehingga sudah hafal nombor bilik wad emak dan bapak berdua.
Tapi kali ini emak lain sikit. Ketika sampai di KBMC emak tidak mahu turun dari kereta saya, dan perlu dipujuk dan dibawakan katil bergerak ke tepi kereta. Semalam emak tarik balutan tangannya dan jarum yang melekat di kulitnya. Kami adik-beradik saban hari berkumpul di bilik 304 untuk menemani emak dan bapak yang sentiasa baring di katil di sebelahnya.
Doakan semuga emak cepat sembuh.

7 comments:
Semoga EMBAH cepat sihat. Nak raye dgn embah tahun nih...
Ann, kita sama-sama doakan embah sihat.
Sdr Look,
Saya doakan ibu saudara segera sembuh. Banyakkan zikir untuk kesihatan ibu.
Terima kasih Dato, semuga emak cepat sembuh.
Assalamualaikum...Lek Look..I wish Embah akan cepat sembuh..Esok baru nak g tgk Embah...
Lokman,
Aku doakan ayah dan ibu mu agar cepat sembuh dan diberi kesihatan dan panjang umur hendaknya seperti mana yang aku selalu doakan untuk ayah dan ibu ku jua.
p/s Rezil akan menerima menantu pada 19 Ogos ini. Rumah dia di Cheng Melaka. Reg 21 mungkin ramai yg akan datang. Kalau emak dah sihat, telefon aku, boleh kita sambung tali silaturrahim.
019-2761667
Terima kasih Kol Redzuan
Post a Comment