Friday, August 3, 2007

PENDERMA HATI DILUPAKAN

Semalam saya dapat panggilan daripada ADC Kebawah DYMM Sultan Selangor, Komander Ramli Kadri. "Orang kampung" saya ni adalah anggota kumpulan yang terjun di Khutub Utara dulu, dan bekas pegawai PASKAL (komando Navy). Beliau selalu menelefon saya sembang-sembang atau bila Shah Alam dan TTDI Jaya kena banjir kilat. Menyumpah habis dia, bila rumahnya asyik-asyik digenangi air!

Tapi panggilannya kali ini kerana beliau mendapat surat daripada seorang penderma hati yang telah dilupakan masyarakat. Penderma itu mengirimkan surat yang mengandungi rintihannya kepada Sultan Selangor, melalui setiausaha sulit sultan.

Penderma itu hilang pekerjaan dan hidupnya sempit selepas menjalani pembedahan pada hatinya. Surat itu difaks Komander Ramli kepada saya untuk saya hayati isi kandungannya. Beliau mahu saya lakukan sesuatu supaya masyarakat dapat membuka mata. Malangnya saya belum berkesempatan membaca sepenuhnya isi kandungan surat itu. Namun selepas membaca helaian pertama, hati saya agak tersentuh.

InsyaAllah selepas membaca sepenuhnya kandungan semua tiga helai surat itu nanti, saya akan lakukan sesuatu.

4 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Leklook, terima kasih rumah saya sudah tidak terkena banjir lagi kerana telah berpindah ke satu kawasan lain yang lebih tinggi
jemput lah kerumah kita boleh ngobrol ngobrol juga saya doakan embah wedok segera semboh dan iso melaku melaku

Anne said...

ehehehehe =) kat cni pun iso ngomong jowo ye lek?

LEKLOOK said...

wes podo2

syed said...

semoga kita semua dpt mmbuka mata mmbantu pnderma hati tersebut.. teruskan perjuangan mmbantu insan2 yg kurang brnasib baik..