Tuesday, August 14, 2007

TERIMA KASIH DOAKAN EMAK

Tidak banyak perkara menjadi tumpuan saya sepanjang minggu ini melainkan kesihatan emak saya.

Malam tadi giliran saya sekali lagi menemani emak dan bapak di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC). Dato Zahid mengambil giliran keduanya malam ini. Banyak program politik dan kementerian terpaksa dibatalkan kerana emak. Saya juga terpaksa bercuti lebih seminggu. Cuti tiga hari sejak Jumaat lalu untuk menghadiri kursus simulasi pilihan raya oleh UMNO bahagian terpaksa juga saya lupakan.

Ahad lalu semua adik-beradik panik. Kami diberitahu emak nazak. Saya yang baru tiba di rumah dari KBMC terpaksa berpatah balik ke Kampung Baru, begitu juga adik-beradik yang lain. Hari itu juga jemaah solat isya' di masjid Kampung Baru membacakan surah Yassin untuk emak. Dan berkat doa dan bacaan Yassin semua orang, emak kembali stabil.

Hari ini emak dibawa ke Dewan Pembedahan (OT) untuk ditebok lehernya (di bawah kerongkong) bagi membuat saluran pernafasan alternatif. Sejak 17 hari lalu KBMC sudah menjadi semacam rumah kami di kampung yang dikunjungi ramai saudara mara dan sahabat handai sehingga larut malam. Hari ini juga saya mendapat SMS daripada stringer TV9 Melaka (Raffi) meminta nama emak dan bapak untuk beliau membuat majlis bacaan Yassin.

Kepada mereka yang menziarahi emak dan bapak serta mendoakan kesejahteraan mereka diucapkan terima kasih. Semuga Allah membalas budi baik anda semua.

4 comments:

Suhana said...

Ya, Allah, sembuhkanlah ibu temanku ini, permudahkan segala-galanya untuknya.

Saya juga baru sembuh dari sakit, darah naik sikit. Alhamdulillah kini dah ok.

Semoga saudara sekeluarga tabah dan sabar dengan dugaaan ini.

Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com

LEKLOOK said...

Terima kasih Kusyi. Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik mu itu.

Anne said...

lek, sedey btul bace blog lek ni..
anne xdpt slalu menziarahi embah cume kiriman doa dari kejauhan sj yg mampu dilakukan...

LEKLOOK said...

Luz,
Tak apa Anne itu sudah memadai doa daripada seorang cucu.