Bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 semakin hampir. Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen masing-masing sudah menyusun strategi mahu terus diri dikekalkan.
Bagi yang belum pernah tercalon masing-masing mahu menonjolkan diri, harap-harap dapat jadi calon kali ini. Mereka yang tidak buat apa-apa dalam politikpun sudah beranggan-anggan supaya diri dicalonkan, lebih-lebih lagi sudah ada yang mengaku biodatanya dipinta “pihak atasan”.
Bagaimanapun barisan menteri, timbalan menteri, SUP dan wakil rakyat yang berkarat wajar diganti. Paklah perlu melihat kehadiran mereka sebagai liabiliti kerana tenaga dan fikiran mereka memang sudah berkarat dan tidak produktif. Soal hutang budi dan ambil hati sudah tidak boleh dipertimbangkan lagi.
Ada Ahli Parlimen di Perak (bekas Menteri) tidak pernah menjenguk kawasanpun. Bukan itu sahaja, Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian baru-baru inipun tak nampak batang hidung.
Beliau lupa, Ketua Bahagian terpaksa mengalah dan bagi laluan kepadanya untuk jadi wakil rakyat kerana ingatkan Paklah. Jasanya kepada UMNO tak nampak apapun. Nasib baiklah Ketua Bahagian itu dilantik sebagai Timbalan Menteri dan duduk di Dewan Negara.
Itu antara contoh daripada beberapa wakil rakyat berkarat yang perlu diganti. Sebenarnya senarai mereka yang berkarat ramai. Begitu juga dengan mereka yang berketrampilan untuk menjadi wakil rakyat, lebih ramai. Cuma Paklah masih berkira-kira siapa yang paling sesuai untuk dijadikan calon.
Mungkin juga percutian Paklah yang berakhir 27 Julai lalu sudah membariskan calon-calon berkenaan dan menetapkan tarikh PRU yang sesuai. Selepas ini sama-samalah kita lihat Paklah menjelajah ke seluruh negara sebagai tanda PRU sudah semakin hampir.
No comments:
Post a Comment