Wednesday, July 18, 2007

NURI TERHEMPAS - SEGALANYA MUNGKIN

Pencarian Helikopter Nuri yang hilang sejak Jumaat lalu berakhir apabila bangkai pesawat ditemui tengahari semalam.

Namun disebabkan ia terjatuh ke dalam kawasan curam sedalam 200 meter, sehingga entry ini ditulis mayat enam mangsa belum dapat dikeluarkan.

Semalam sempat saya berbual menerusi telefon dengan skot yang paling kanan pangkatnya, Brig Jen Dato Ackbal Samad, Panglima Logistik TUDM.


Beliau adalah juruterbang yang berpengalaman menerbangkan pesawat pejuang MIG-29. Walaupun pesawat yang hilang adalah helikopter Nuri, pengalaman asas penerbangan dapat dikongsi daripada beliau.

Cuaca adalah faktor utama kemalangan berlaku. Namun beberapa faktor sampingan juga menyumbang kepada kemalangan itu.


Kemungkinan keghairahan juruterbang dan krew untuk melaksanakan tugas pagi itu tidak boleh dikesampingkan. Dan apabila itu berlaku, apa juga rintangan di hadapan sanggup mereka tempuhi termasuk cuaca buruk.

Namun mungkin juga mereka terperangkap di dalam cuaca buruk dan tidak ada pilihan untuk meneruskan penerbangan atau berpatah balik ke pangkalan.

Dalam keadaan cuaca buruk, kelajuan penerbangan adalah minimum. Jika berlaku nahas, impak atau hentakan tidak terlalu kuat. Dan kemungkinan ada mangsa yang selamat tidak boleh ditolak. Namun apabila sudah menjangkau lima hari tidak ditemui, faktor lain mungkin berlaku.

Tetapi yang menghairankan, belumpun mayat dapat dikeluarkan, Bernama melaporkan pakar phatologi berkata berdasarkan keadaan mayat mangsa, mereka mati pada waktu kejadian disebabkan hentakan kuat.

No comments: