Memenangi Anugerah Media Pertahanan (AMP ‘06) kategori Laporan TV Terbaik semalam, bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sangat. Namun rasa bersyukur kepada Allah s.w.t perlu ada.
Tidak perlu bangga kerana anugerah itu perlu diberikan kepada wartawan-wartawan muda. Mereka perlu diberi peluang untuk berkarya.
Saya menghasilkan laporan itu secara kebetulan. Bulan Oktober tahun lalu saya dijemput secara peribadi oleh Kementerian Pertahanan untuk mengikuti lawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke Sahara Barat. Hanya TV3 sahaja dijemput mengikuti rombongan enam orang itu.
Pada mulanya, saya telah menamakan seorang wartawan untuk mengikuti rombongan berkenaan. Namun setelah saya maklumkan kepada bos saya, Datuk Kamarulzaman Zainal Abidin, beliau mahu saya sendiri ikut serta.
Saya tahu alasan beliau itu untuk memberi peluang kepada saya ke luar negara. Peluang seperti itu hanya diperolehi dua tiga kali setahun. Selain pergi untuk tugasan, sekurang-kurangnya dapatlah menyedut udara negara orang dan keluar dari kepompong bilik berita.
Penyertaan saya dalam AMP ’06 juga kebetulan. Lt Linda (TLDM) dari Cawangan Perhubungan Awam Kementah berkali-kali mengingatkan saya untuk menyertainya. Bukannya sombong, tetapi untuk menyertai anugerah itu memerlukan banyak kerja.
Saya perlu mengesan tarikh dan waktu siaran laporan itu ke udara. Saya juga perlu mencari bahan itu di Pusat Sumber. Kemudian perlu susun dan disunting semula serta dialihkan ke DVD. Borang perlu diisi dan mendapatkan pengesahan bos. Nasib baik ada orang yang membantu untuk menyunting dan menyalinkan semula laporan itu ke DVD. (Terima kasih Faizal!)
Tidak seperti kategori lain. kategori Laporan TV Terbaik memerlukan penyertaan bersama, iaitu wartawan dan jurukamera. Walaupun laporan baik, jika tidak disertai dengan visual yang baik ia akan menjadi laporan yang dangkal.
Oleh itu sebagai wartawan yang bertanggungjawab (kononnya), saya turut mengisikan borang dan butiran jurukamera saya Sdr Johari Salleh untuk dihantar ke Urusetia AMP.
Alhamdullilah rezeki saya bersama Johari di Sahara Barat dan Maghribi berpanjangan sampai ke malam AMP ’06. Lepas ini kita kena belanja makan mereka yang terlibat di bilik berita dan juga Lt Kol Fadzelette serta anak-anak buahnya. Dapat sikit, sikitlah kita kongsi bersama mereka.

9 comments:
Tahniah! Selamat maju jaya!
Terima kasih Kusyi!
Sdr Look,
Tahniah.
Gambar Sdr tersenyum kegembiraan dalam http://duniatiger.blogspot.com.
Thaniah lek look. we r proud of u =)
- anne wahab -
Sdr. Lokman,
Tahniah dan teruskan usaha murni sdr.
Selamat Maju Jaya !
Dari: Mej(B) Mohd Fauzi Abdullah
Terima kasih semua, sokongan anda mendorong untuk saya terus berusaha.
Kepada Anne, Lek proud of you too! Jaga anak dan suami baik-baik.
Tahniah kpd Saudara Lokman kerana memenagi AMP 06, Syabas-hasan komando
Thank you Hasan, you dah pakai full Kolonel ke? Sekarang kat kem Sungai Udang ke?
Post a Comment