Wednesday, July 18, 2007

PILIHARA RAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR

Pilihan Raya Umum semakin hampir. Semua jentera parti Barisan Nasional khususnya UMNO sudah mula bergerak. Pelbagai kursus diadakan.

Antaranya kursus simulasi pilihan raya oleh Badan- Badan Perhubungan Negeri kepada Bahagian-Bahagian UMNO dan seminar kepada pemimpin-pemimpin bahagian oleh JASA.

Sebelum ini kira-kira 3,000 imam-imam dari seluruh negara berkampung di UKM untuk menghadiri “kursus” yang dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Guru-guru sekolah dan kakitangan-kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga sudah mula dihantar berkursus.

Kempen pendaftaran pemilih oleh parti-parti politik kini semakin agresif. Setiap cawangan UMNO diarah untuk mempercepatkan kempen itu dikalangan ahli-ahli parti.

Pihak media tidak kurang juga membuat persiapannya. Gabungan empat stesen televisyen swasta sudah memulakan mesyuarat berhubung perkara itu. Kemudahan siaran akan diadakan secara bersama pada pilihan raya kali ini. Namun corak persembahan setiap stesen berbeza.

Selain itu pihak Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia(SB) dan Bahagian Perisikan Tentera (MI) sudah mula memberikan maklumat-maklumat awal perkembangan itu, sebelum tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 dapat diwar-warkan.

Tok Nujum kini semakin ramai membuat ramalan. Ada yang memberi tarikh seminggu sebelum musim haji, ada yang kata musim cuti sekolah penggal akhir tahun ini dan ada yang meramalkan awal tahun depan. Tapi Pak Lah apabila ditanya mengenai perkara itu hanya tersenyum kerana butang kini hanya berada di tangannya.

No comments: