Thursday, July 5, 2007

KHIDMAT DUA WANITA DIPERLUKAN

(Wan Sabariah)

(Fadzelette)


WAN SABARIAH BERHIJRAH KE TV9
Bekas wartawan kanan Berita Harian dan juga orang kuat majalah Jelita, Wan Sabariah Sheikh Ali tidak semena-mena menyertai keluarga muda TV9. Semakin meriah dan membesarlah ahli keluarga "Dekat Di Hati".

Sembang-sembang dengan beliau di meja saya hari ini, keputusan untuk menyertai kami dibuat secara mengejut dan tidak dirancang. Semuanye berlaku secara tiba-tiba.

Wan Sab akan dipertanggungjawabkan untuk menerajui rancangan 'Talk show" yang bakal ke udara setiap hari (week days). Tahniah dan selamat menempuhi cabaran dunia kewartawanan penyiaran.

LT KOL FADZELLETTE DITAWARKAN SEMULA JAWATAN
Timbalan Ketua Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Lt Kol Fadzellette yang permohonan berhentinya diluluskan, khabarnya ditawarkan semula jawatan di cawangan itu.

Menurutnya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu beliau meneruskan tugas di Mindef.

Bagaimanapun tidak diketahui jawatan dan status perkhidmatan yang ditawarkan. Fadzellette belum memberikan keputusannya dan kini beliau di Makkah mengerjakan umrah.

Perkhidmatan Fadzellette memang masih diperlukan berdasarkan pengalamannya selama 27 tahun di cawangan itu. Saya pernah memperkatakan perkara ini dalam entry saya sebelum ini.

Semuga Lette dapat memilih keputusan yang bijak selepas solat Istiqarah di tanah suci.

3 comments:

fauziabd said...

Saya juga mengharapkan agar Lt Kol Fadzlette dapat meneruskan usaha dalam memberi sumbangan kepada ATM dan kita sama-sama berharap agar Lt Kol Fadzlette dapat memilih keputusan beliau. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya Lt Kol Fadzlette. Dari Mej(B) Mohd Fauzi Abdullah (Skot)

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Lt Kol Fadzlette adalah rakan sekelas ketika saya mengambil MA di UKM. Sebelum itu, saya mengenalinya kerana "beat" yang ditugaskan di Berita Harian ialah ATM. Lette amat memahami tugas wartawan dan sentiasa mahu membantu mereka. Lembut dan menawan tetapi berkesan. Oleh itu, saya berharap Lette akan meneruskan tugasnya di ATM.

ibrahim yahaya said...

Sdr Look,

Buat WanSab, saya yakin beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang dan selamat maju jaya di TV9.