(Sebahagian yang hadir dari kiri; Mej Wan Rahman, Mej (B) Omda, Mej (B) Fauzi, Kol Masrani, Mej Iqbal, Mej Ramli, Lt Kol Rizil, Mej (B) Jamal, Lt Kol Azmi, Lokman dan Lt Kol Kenali)
Mej (B) Fauzi mengirimkan foto di atas melalui email sebagai kenang-kenangan reunion kedua Regular 21 di Restoran Lotus, Ampang. Reunion pertama sebelum ini telah diadakan Wisma Perwira Rejimen Jurutera Diraja, berhampiran tugu negara.
Lebih tiga tahun berlalu, dan kita perlu adakan lagi pertemuan seperti itu.
**(Kandungan entry ini telah diperbaiki dari segi fakta. Terima kasih Mej (B) Fauzi - 08 July 1200hrs)
9 comments:
Sdr. Lokman,
Terima kasih kerana menyiarkan photo tu.Sekurang-kurangnya mengingatkan kita bahawa ingatan terhadap rakan-rakan kita masih diingatan. Cuma masa dan jarak antara kita yang membuatkan kita tidak dapat bertemu. Walau bagaimanapun saya berharap kepada rakan-rakan kita yang ada di sekitar Lembah Klang dapat mengambil inisiatif untuk menganjurkan reunion sekali-sekala agar kita dapat bertemu semula.Sekian, harapan dari saya. Terima kasih.
Terima kasih juga Fauzi, pertemuan itu adalah inisiatif saudara.
InsyaAllah kita dimurahkan rezeki untuk menganjurkan seunion seperti itu lagi.
Sdr Look Man,
Skot. I'm the only junior ex-rank in this photo. Kesian kat saya.... uh uh uh! Anyway, kita kena ada gambar baru dengan lebih ramai skot-skot yang hadir nanti. So, kita dapat melihat perubahan "rekabentuk" masing-masing. Kepada yang sukses dalam kerjaya, tahniah!
Sdr Lokman,
Kesian kat Omda tu....dia pencen muda sebab tu la dia paling junior rank. Ada pembetulan sebenarnya gambar tu semasa reunion kita ke2 pada tahun 2004 di Lotus Restaurant Ampang. Dan yang paling muda,paling besar tu sebenarnya Mej(B)Omda Abd Malik.Saya nak cadangkan kita adakan reunion kali ke3 pada 1 atau 2 Sep,2007 nanti di KL. Saya dah inform Mej(B) Omda & kalau boleh sdr war-warkan kpd rakan skot kita. Saya sedang usahakan tempat di Wisma Perwira Tugu Negara tempat kita buat reunion pertama dulu, Insyallah.
Terima kasih atas maklum balas, saya akan perbetulkan mana-mana fakta yang salah. Perlu ada update peribadi masing-masing.
Sorry Mej(B)Omda, I'll rectify the mistake.
Cadangan yang baik daripada Mej (B) Fauzi. Tetapi pada tarikh itu saya ada big event untuk dilaksanakan. (Cuba lihat di bawah logo 50 tahun Malaysia Gemilang di muka depan blog ini).
Bagaimana kalau tarikh lain?
Sdr Lokman,
Saya akan mendapatkan cadangan tarikh baru nanti, kalau sdr ada cadangan tarikh yang sesuai boleh cadangkan. Insyaallah.
salam intake 21.dari pasangan bahagia ori intake 21 siapa lagi kalau bukan khiahjalal.jumpa lagi pada 2 sep 07.contact 0132354546.i sponsor cake reunion.sebelum menutup mata harap dapat jumpa semua.
Sdr Lokman,
Alhamdulillah Noorkiah & Jalal akan hadir dan nak bawa kek sekali. Harap kek tu bukan kek bertingkat-tingkat manalah tau kut-kut norkiah & jalal nak potong depan kita pulak...Insyallah kita jumpa nanti norkiah & jalal.
Thanks for your support.
Post a Comment