Wednesday, July 11, 2007

MEJAR (B) ROZITA KIRIM SALAM

Skot kita Mejar(B) Rozita Abd Ghani kirim salam. Bekas pegawai Kor Polis Tentera (MP) ini mengambil Ijazah Undang-Undang semasa dalam berkhidmat dulu.

Selepas bersara Rozita buka firma guaman bersama rakan kongsi. Selepas lima tahun, kini Rozita mengendalikan sendiri firma guamannya.

Bagi rakan-rakan skot yang memerlukan khidmat guaman untuk membeli rumah atau apa juga urusan guaman, sila hubungi Mejar (B) Rozita atau dapatkan nombor telefonnya daripada saya dan rakan-rakan skot yang lain.

Beliau mengalu-alukan rakan-rakan skot yang ingatkan perkhidmatannya terutama sebagai panel guaman syarikat.

2 comments:

fauziabd said...

Sdr Lokman,
Alhamdulillah semakin ramai skot kita dapat dihubungi. Teruskan usaha sdr mencari 'lost friends' yang telah lama tak kedengaran berita dari mereka.

khiahjalal said...

salam intake 21.dari pasangan bahagia ori intake 21 siapa lagi kalau bukan khiahjalal.jumpa lagi pada 2 sep 07.contact 0132354546.i sponsor cake reunion.sebelum menutup mata harap dapat jumpa semua.