Tuesday, April 28, 2009

PERUBAHAN KEPIMPINAN DI MEDIA PRIMA - SELAMAT DATANG DATUK JJ

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Media Prima yang memayungi New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Selain itu Datuk JJ turut bertanggungjawab terhadap empat stesen televisyen tempatan milik Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Turut di bawah payungnya tiga stesen radio iaitu Hot.fm, Fly.fm dan One.fm selain beberapa syarikat berkaitan media yang lain.

Perlantikan beliau berkuatkuasa 30 April ini mengantikan pengerusi sekarang Datuk Mutalib Razak yang tamat tempoh. Selepas ini TV3 tidak payah lagi tercari-cari pengantara bagi program bualbicara isu semasa terbitannya kerana Pengerusi Eksekutif boleh melakukan tanggungjawab itu sendiri.

4 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Tahniah!!!!!

zm.azami said...

Tahniah buat Datuk JJ,

zm.azami said...

LekLook..

Boleh tau nama blog Datuk JJ

LEKLOOK said...

Hari ini saya sempat menghantar sms untuk mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Datuk Johan Jaffar ke Media Prima.

Balasan sms beliau kepada saya menampakkan Datuk JJ akan dapat memenuhi aspirasi pucuk pimpinan negara.