Mencuri kasut di masjid. Perbuatan itu sering berlaku walaupun perlbagai usaha dilakukan. Meskipun ternyata hukuman perbuatan itu, namun masih ada lagi yang sanggup melakukannya.
Di masjid Jamek kampung Baru Kuala Lumpur siang tadi saya terserempak dengan pencuri kasut di bahagian belakang masjid itu. Tangannya diikat pada sebatang tiang. Tanda 'saya pencuri kasut' disangkutkan pada depan dan belakang badannya. Melihat pada tanda tulisan itu yang di 'leminate' kan, saya menjangka perbuatan itu sering berlaku di masjid berkenaan.
Persoalannya adakah wajar hukuman mengaibkan sipencuri itu dilakukan? Jika tidak wajar apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan. Dan apakah langkah lain untuk menghindarkan kecurian itu?
4 comments:
Islam itu indah....nasihatlah pembuat salah itu dengan kata-kata yang penuh hikmah
Brader..kalau dah tau kena cekup malu, jangan buat kerja kerja begitu..bagi aku tak cukup tuh..aku pernah di gantung tin tin kosong pada leher dan tangan di ikat serta dipaksa melaungkan saya pencuri dan merosakan tanaman soya di bandar Situbondo indonesia semasa latihan komando..walaupun latihan tapi pandangan serong orang ramai i tau kerana latihan itu hampir kepada keadaan sebenar...
Hukuma itu tak cukup patut di sula
memang islan itu indah..bangsat itu yang merosakan keindahan
Islam itu indah. Menghukum pesalah dan cara berdakwah juga berdasarkan peringkat kesalahan.
Tapi kalau terbukti mencuri hukumnya potong tangan. Itu sebab di Makkah ramai yang tidak bertangan kerana mencuri.
Post a Comment