Monday, April 13, 2009

RAKYAT BAGAN DATOH BERTERIMA KASIH KEPADA PM

Komander Ramli said...
Bagus kalau kita menghormati tetamu...kadang kala bos okay tetapi orang keliling bos yang tidak peka benda benda kecik sebegini tetapi memberi impak yang mendalam.


Foto : Flight crew menjamah juadah ala kadar
Hanya dengan SMS majlis kesyukuran di atas perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan semalam, melimpahi dewan serbaguna Bangunan UMNO Bagan Datoh, di Simpang Empat Hutan Melintang.

Penganjur hanya sempat memberikan notis pendek kepada yang hadir dan seterusnya disebarkan di kalangan penyokongnya di luar Bagan Datoh.

Saya sendiri mendapat maklumat majlis itu daripada Komander Ramli. Kemudian saya membuat pengesahan serta melengkapkan butiran maklumat dengan menghubungi Setiausaha UMNO bahagian dan beberapa pegawai Datuk Zahid.

Majlisnya ringkas, mudah tetapi penuh makna. Ramai kenalan, saudara mara, anak Bagan Datoh dari luar daerah datang untuk menyerikan majlis itu.

Datuk Zahid tiba di Simpang Empat kira-kira jam 12 tengahari menggunakan helicopter TUDM, Black Hawk dari satu majlis kementerian di Bagan Serai.

Sejurus saya dan keluarga tiba di rumah di kampung Sungai Nipah Darat, Datuk Seri Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah beserta rombangan turut mengekori di belakang.

Kalau sebelum ini pegawai-pegawai Kementerian Penerangan dan Pegawai JAKIM dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengikuti beliau pulang. Kali ini anggota beruniform tentera kelihatan di sekitar kawasan rumah.

Setibanya rombongan itu, Datuk Zahid menjemput semua flight crew ke dapur menjamah apa yang ada untuk jamuan tengahari hari. Sepupu (Azhari Mokhtar) dan isteri yang membantu menjaga rumah dan menemani bapak sempat menyediakan sedikit juadah ala kadar.

Walaupun hidangan mudah dan simple ia menyelerakan flight crew. Mereka selesa menjadikan rumah ‘seperti rumah sendiri’. Saya dan isteri turut membantu menyediakan buah-buahan yang kebetulan saya beli di tepi jalan di Sungai Besar, Sabak Bernam.

Di luar, sekumpulan RAKYAT sudah menunggu giliran untuk menemui Datuk Zahid. Sepanjang berada di rumah, Datuk Zahid tidak sempat menjamah makanan, hanya sekadar meminum air kelapa muda yang disediakan Azhari.

Selepas makan, saya membawa bapak pergi dulu ke Simpang Empat bersama keluarga. Majlis dimulakan kira-kira jam 3 petang.

Pada majlis itu, ramai kenalan dan saudara-mara yang sudah lama tidak bersua dapat saya temui. Dan kami berbual mesra.

Ini adalah majlis kesyukuran di atas perlantikan sebagai Menteri Pertahanan. Majlis lain yang dikaitkan dengan jawatan dalam parti tidak boleh diadakan dalam tempuh itu kerana mematuhi peraturan dan undang-undang.

Oleh kerana mereka yang hadir di luar jangkaan penganjur, ramai yang tidak berpeluang menjamu selera termasuk sekumpulan pelajar Maahad Tahfiz yang dibawa dengan bas dari kampung Sungai Nipah Darat.
Foto bawah : dalam kesibukan sempat melayan rakyat.
Foto bawah : anggota beruniform tentera kelihatan di sekitar kawasan rumah.
Komander Ramli said...
Man, aku sekarang jarang jarang dah balik kampung kerana tugasan dengan "bos" tetapi semalam aku sempat sempatkan juga untuk panaskan enjin kombi aku balik Bagan Datoh.Syukur ramai yang datang "kenduri" senang hati tengok dan dapat sembang dengan Pak Kiai Hamidi (masih sihat dia) dan tabik kat dia kerana masih kenal aku dan berkata ini yang payung terjun tu kan..heheheNamun aku rasa komplek tuh tak berasa selamat kalau terjadi sesuatu kecemasan seperti kebakaran kerana hanya ada satu exit...semua bersesak sesak menuruni tangga setamat ucapan Dato Seri ZahidAku rasa ramai orang akan mati terpijak pijak di tangga...ingat sebelum terjadi..
Komander Ramli said...
Lok..aku kenal orang tua ni dah lama..Jangan tenguk pada yang datang mencium tangan sekarang tetapi siapa yang bersama sama dan tidaak lari kemana mana semasa Dato Seri kena ISA
Foto atas : antara yang hadir di dewan UMNO.
Foto bawah : turut hadir saudara mara dari Shah Alam.
Foto atas : sempat meluangkan masa mendengar nasihat ayah.
Foto : Komander Ramli - wong jowo Bagan Datoh.

Foto atas : Jeti Bagan Datoh - antara lokasi yang dicadangkan untuk dijadikan Depot TLDM

Foto : Suhaimi yang sering membawa Datuk Seri Zahid ke mana-mana tidaklah lega sangat walaupun tidak menggunakan perkhidmatannya untuk balik kampung kali ini. Tapi kereta yang dipandunya lebih laju daripada Black Hawk.

3 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Man jangan lupa email gambar ....

LEKLOOK said...

Foto akan saya emialkan dan masukan dalam entri ini. Belum kesempatan!

Kepten Ramli Kardi said...

"Walaupun hidangan mudah dan simple ia menyelerakan flight crew. Mereka selesa menjadikan rumah ‘seperti rumah sendiri’. Saya dan isteri turut membantu menyediakan buah-buahan yang kebetulan saya beli di tepi jalan di Sungai Besar, Sabak Bernam."

Bagus kalau kita menghormati tetamu...kadang kala bos okay tetapi orang keliling bos yang tidak peka benda benda kecik sebegini tetapi memberi impak yang mendalam