Saturday, April 18, 2009

SEMANGAT SETIA KAWAN ANGGOTA PASKAL TINGGI


Rabu lalu (15 April) saya berkesempatan menghadiri majlis pengtaulihan Pasukan Khas Laut (Paskal), unit komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan gelaran KD Panglima Hitam. Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, berkata sebagai sebuah aset strategik negara, pentauliahan itu adalah satu penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi.

"Sesungguhnya pentauliahan ini memberi makna yang cukup besar khususnya kepada pasukan ini dan TLDM kerana pasukan ini banyak menyumbang jasa dan bakti dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Nama Panglima Hitam dipilih berdasarkan kepada gelaran pahlawan terdahulu yang melambangkan perilaku gagah, taat setia, tegas dan berwibawa.

Cadangan nama Panglima Hitam adalah ilham Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten di-Pertua TLDM, kata Abdul Aziz. Katanya, pentauliahan itu amat bertepatan dengan jasa dan pengorbanan yang disumbangkan pasukan itu dalam operasi menyelamat dan operasi cegah jenayah seperti Ops Fajar di Somalia, yang memperlihatkan keunggulan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi.

Foto : sebahagian pegawai TLDM yang hadir.

Pada majlis itu saya dikejutkan dengan panggilan seorang pegawai Paskal, Komander Ramli Kadri.

Tanpa mengetahui di mana beliau berada, saya menjawap panggilan, dan memberitahunya saya berada di majlis Paskal.

Beliau terus menjawap, "pandang kiri'.

"Kat mana?' tanya saya. "Cuba berdiri...." jawapnya.

Ternampak Komander Ramli segak beruniform putih dan memakai baret maron di kiri pentas menempatkan Abdul Aziz. Saya pula berada di sebelah kanan pentas itu.

Menurut Ramli, esprit de'corp anggota paskal amat tinggi. Walaupun beliau sudah lama bertugas dengan Sultan Selangor, tetapi hubungannya dengan rakan-rakan veteran Paskal masih intim seperti adik-beradik.

"Ko tak balik ke?" Itulah pertanyaan yang sering dilontarkan rakan-rakan veterannya bila ada sesuatu majlis Paskal.

Hari itu saya dan Ramli hanya sempat berehat beberapa minit sahaja di bilik penginapan saya di Wisma Samudera sebelum saya meneruskan program lain yang telah diatur.

Foto : ADC Sultan Selangor, Komander Ramli - hanya sempat meluangkan beberapa minit di Wisma Samudera bersama Leklook.

2 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Latihan Komando mesti berat dan kejam...hasil nya seperti yang saudara lihat sendiri...sampai dah tak bergigi kerana keuzuran umur masih bernafsu muda seperti masa dahulu dahulu semata mata kerana semangat setia kawan...Pencen di Kota Baharu gaji tak seberapa masih sangup keluarkan belanja nak "balik" jumpa kawan..itu lah semangat

Sebab itu baru baru ini keluar di TV pasal komplen latihan komando semua orang marah..nak lembik lembik nak jadi apa?
Biol lah orang yang komplen itu...biar kan komando dengan dunia mereka sendiri...mati dalam komando tu biasa lah..tu yang mati jadi mat rempit tu....yang itu sesia..tak der pulak orang komlen atau cuba betulkan...

Kepten Ramli Kardi said...

Bro kita di sini kurang menghargai "spesis" yang saudara tenguk hari itu...aku percaya bulu roma you naik bila tenguk mereka...tetapi orang di luar camana....

Tentera Laut luar seperi USA, Belanda, German sangat mengenali mereka malah sewaktu operasi menyelamat di Teluk Aden kita menjadi tumpuan atau dalam ertikata sebagai "pemula" untuk yang lain lain
Jadi bagi aku...spesis ini lah benteng terakhir kita