Sunday, April 19, 2009

HOKI GELADAK DI KD LEKIU

Hoki geladak adalah antara sukan yang sering mengisi masa lapang anggota tentera laut yang dalam pelayaran.

Kerana ruang di atas kapal terhad, sudut geladak di hanger kapal friget menjadi tempat untuk mengekalkan kecegasan melalui aktiviti sukan hoki.

Kawasan padang hanya ditandakan dengan pita masking atau sekadar menggunakan tali kapal. Manakala bola hoki diperbuat daripada tali kapal yang disimpul dan dililit dengan pita masking. Kayu hoki pula adalah batang rotan yang dibengkokkan pada hujung sebelah bawahnya.

Permainannya tidak lebih seperti hoki ski.

Seringkali juga bola yang dipukul masuk ke laut.

Walaupun nampak mudah dan simple, sukan hoki geladak memerlukan stamina yang tinggi dan imbangan badan yang stabil ketika kapal menghadapi gelombang air laut.

Pemain kurang stamina (pewai) dan mabuk laut dirawat oleh anggota perubatan.

Pemandangan geladak dari hanger KD Lekiu.

4 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

HAHAHAHAHA....semasa aku belayar belayar dulu kapal merupakan platform kepada team aku untuk tujuan ke kawasan operasi..dalam pelayaran akau akan buat training dan juga maintain fitness

Hoki geladak ni masa dgn komando adalah masa untuk tibai mana mana yang tak suka menyukai...hehehehe

so itulah gurauan yang selalu kita gunakan..

Kepten Ramli Kardi said...

Apa pandangan anda tentanag KD Lekiu....jangan anda ingat berada diatas kapal mat salleh yop....anda berada diatas kapal sendiri kapal perang yang di kendalikan oleh anak bangsa sendiri...setanding dengan kapal perang negara barat yop...

she is a floating computer...push the button "buldog away"
(Buldog adalah code name missile)

LEKLOOK said...

Komander Ramli,
Ini adalah pelayaran saya yang kedua dengan KD Lekiu. Pelayaran pertama pada awal 90an bersama Datuk Seri Najib ke Sipadan semasa menjadi Menteri Pertahanan.

Tabik spring kepada Kapt dan anak kapal KD Lekiu. Panglima Armada VICE ADMIRAL DATO' AHMAD KAMARULZAMAN BIN AHMAD BADARUDDIN memberitahu saya, KD Lekiu adalah 'baby' nya yang dilahirkan oleh TLDM dan beliau tahu setiap sudut kapal perang itu.

Syabas!