Sebaik barisan kabinet baru diumumkan, sms pertama ucapan tahniah diterima daripada Pengarah Kor Armour, Kol Kamarul.
Kol Kamarul adalah antara beberapa skot Regular 21 yang memberi ucapan tahniah dan menyatakan sokongan terhadap perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebagai Menteri Pertahanan.
Antara skot Regular 21 lain yang menghantar ucapan tahniah pada hari itu; Kol Hassan Ali, Kol Fadzlette, Lt Kol Md Din dan Lt Kol Dr. Kenali.
Esoknya Ketua Pengarah PLKN, Datuk Hadi Awang Kecil turut menghubungi saya mengucapkan tahniah. Terperasan pulak, macamlah saya yang menjadi Menteri Pertahanan!.
Apapun saya amat menghargai ucapan itu dan mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak Datuk Zahid.
Bagi Datuk Zahid Kementerian Pertahanan tidak asing baginya. Selama hampir empat tahun sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, sekurang-kurangnya beliau tahu selok belok dan cara bekerja di Mindef.
Antara usaha dan idea beliau yang diterima pakai sehingga hari ini ialah penganjuran Malam Media & Anugerah Media Pertahanan. Ketika Datuk Seri Mohd Najib menjadi Menteri Pertahanan, acara itu tidak pernah gagal untuk diadakan.
Kini sebagai Menteri Pertahanan yang baru, Datuk Zahid memerlukan sokongan, dokongan serta kerjasama daripada warga ATM dan seluruh kakitangan awam di Mindef.
Isnin ini secara rasminya beliau akan memasuki pejabatnya di Tingkat 5 Wisma Pertahanan. Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta panglima-panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang disertai Ketua Setiausaha Kementerian dijangka memberikan taklimat kepada beliau.
Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz Haji Jaafar yang secara kebetulan bersama-sama Datuk Zahid di Makkah pada musim haji lepas pastinya mempunyai kenangannya tersendiri.Kol Kamarul adalah antara beberapa skot Regular 21 yang memberi ucapan tahniah dan menyatakan sokongan terhadap perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebagai Menteri Pertahanan.
Antara skot Regular 21 lain yang menghantar ucapan tahniah pada hari itu; Kol Hassan Ali, Kol Fadzlette, Lt Kol Md Din dan Lt Kol Dr. Kenali.
Esoknya Ketua Pengarah PLKN, Datuk Hadi Awang Kecil turut menghubungi saya mengucapkan tahniah. Terperasan pulak, macamlah saya yang menjadi Menteri Pertahanan!.
Apapun saya amat menghargai ucapan itu dan mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak Datuk Zahid.
Bagi Datuk Zahid Kementerian Pertahanan tidak asing baginya. Selama hampir empat tahun sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, sekurang-kurangnya beliau tahu selok belok dan cara bekerja di Mindef.
Antara usaha dan idea beliau yang diterima pakai sehingga hari ini ialah penganjuran Malam Media & Anugerah Media Pertahanan. Ketika Datuk Seri Mohd Najib menjadi Menteri Pertahanan, acara itu tidak pernah gagal untuk diadakan.
Kini sebagai Menteri Pertahanan yang baru, Datuk Zahid memerlukan sokongan, dokongan serta kerjasama daripada warga ATM dan seluruh kakitangan awam di Mindef.
Isnin ini secara rasminya beliau akan memasuki pejabatnya di Tingkat 5 Wisma Pertahanan. Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta panglima-panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang disertai Ketua Setiausaha Kementerian dijangka memberikan taklimat kepada beliau.
Beliau yang telah mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Laut mulai 1 April 2008 adalah panglima perkhidmatan yang paling muda ketika ini dan disebut-sebut bakal menjadi PAT selepas ini.
Kini satu lagi jawatan tentera di pejabat menteri perlu diisi. Jawatan Penasihat Ketenteraan atau MA akan diisi oleh kalangan pegawai tentera yang berpangkat Kolonel atau setaraf.
Anak Bagan Datoh yang menjadi ADC Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi apabila saya tanya mengenai jawatan itu berkata beliau masih menyayangi tugasnya di istana dan amat selesa bekerja dengan Tuanku Sultan.
Manakala seorang lagi anak Bagan Datoh, Kolonel Md Rahim Hj Mohamad yang mengetuai M15 (Keganasan & Keselamatan Khas), Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) mungkin juga lebih selesa dengan jawatan yang disandang itu.
Kemana pula Lt Kol Nasir Ali, 2IC Rejiman Askar Wataniah yang bertanggungjawab di Perak. Anak Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh itu masih aktif lagi ke dengan musik yang diminati itu? Atau sesekali melepaskan giatnya bersama Kombo Tentera Darat.
Apapun bukan anak Bagan Datoh yang menjadi ukuran untuk dilantik sebagai MA kepada Menteri Pertahanan yang baru. Sesungguhnya amat ramai yang layak untuk menjawat jawatan itu, termasuk di kalangan Regular 21!
Update : Kolonel Md Rahim telah disahkan sebagai MA Menteri Pertahanan. Manakala Lt Kol Nasir menolak tawaran kerana dalam proses persaraan. Sementara bagi Komander Ramli, beliau tetap menyokong dari belakang dan telah turut hadir meraikan majlis kesyukuran di Bagan Datoh, Ahad petang.
Eh..! ini bandit atau askar? Di bumi Sangkuriang (Bandung, Indonesia)
3 comments:
Lok..aku kenal orang tua ni dah lama..
Jangan tenguk pada yang datang mencium tangan sekarang tetapi siapa yang bersama sama dan tidaak lari kemana mana semasa Dato Seri kena ISA
Jangan lupa email gsmbo
Man, aku sekarang jarang jarang dah balik kampung kerana tugasan dengan "bos" tetapi semalam aku sempat sempatkan juga untuk panaskan enjin kombi aku balik Bagan Datoh.
Syukur ramai yang datang "kenduri" senang hati tengok dan dapat sembang dengan Pak Kiai Hamidi (masih sihat dia) dan tabik kat dia kerana masih kenal aku dan berkata ini yang payung terjun tu kan..hehehe
Namun aku rasa komplek tuh tak berasa selamat kalau terjadi sesuatu kecemasan seperti kebakaran kerana hanya ada satu exit...semua bersesak sesak menuruni tangga setamat ucapan Dato Seri Zahid
Aku rasa ramai orang akan mati terpijak pijak di tangga...ingat sebelum terjadi..
Terima kasih Komander Ramli,
semasa ko buat komen ni aku dalam perjalanan dari Bagan Datoh dan sempat singgah di Tanjung Malim menjenguk emak bersama-sama anak beranak serta isteria saya dan Datin Seri.
Post a Comment