Monday, April 6, 2009

F1 TERSINGKAT PENUH DRAMATIK


Kali ini Formula Satu (F1) di Sepang tidak tamat sepenuhnya dan dianggap perlumbaan paling gila. Pada acara terakhir hari ketiga, perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Malaysia Petronas dihentikan pada pusingan ke-32 kerana hujan lebat.

Walaupun cuaca terik pada awalnya tetapi hujan lebat sekejap-sekejap menyebabkan beberapa acara sebelum itu ditangguhkan beberapa kali.

Kerana hujan semakin lebat dengan keadaan trek basah dan air bertakung yang mengancam keselamatan pemandu, penonton hanya mampu disajikan dengan perlumbaan setakat itu sahaja, berbaki 24 trek lagi.

Apa boleh buat, penonton yang membayar RM1,950 untuk tempat duduk di Grand stand Diamond terpaksa menerima hakikat itu. Ini merupakan perlumbaan F1 paling singkat dalam tempoh 18 tahun.

Dan ketika penonton sedang aksi mengikuti perlumbaan petang itu, tempat duduk berbumbung juga dipenuhi lempahan air dari saluran yang bocor.

Pada perlumbaan itu pemandu Brawn GP, Jenson Button mendapat loteri menjuarai perlumbaan. Tempat kedua diraih pemandu BMW Sauber, Nick Heidfeld dan pemandu Toyota, Timo Glock berkedudukan ketiga.
Foto : Ternampak di sudut atas ruang VVIP kelibat anak-anak buah; Nurul, Al & Echam
Foto : Walaupun prestasi Ferarri menurun, peminat masih bersemangat membawa bendera.
Foto : Surau F1 - ramai masih berkesempatan menunaikan kewajipan sebelum perlumbaan bermula.
Foto : Sapa pulak ni?...

Foto : Bocor di tepi cermin - ruang ditinggalkan kosong sementara.
Foto : Ruang VVIP

Foto : Peragaan wanita - antara jadi tumpuan.

No comments: