Saturday, March 1, 2008

ZAKIAH ANAS BERTUDUNG


Minggu lalu saya bersama pengacara program TV3 '999', Zakiah Anas berkunjung ke Kelantan. Kami menyertai program 'Perkampungan Hadhari' anjuran TV9 dan KADA yang di adakan di Kok Lanas.

Sambutan amat memberangsangkan sehingga jalan menuju ke tapak program itu sentiasa sesak. Rakan kami di Kelantan berkata program sebegitu jarang-jarang diadakan. Orang Kelantan kekurangan hiburan tetapi bukan mereka menolak hiburan.

Namun untuk menghormati orang Kelantan dan kerajaan negeri yang diterajui PAS, personaliti dan kakitangan stesen TV yang terbabit diarah menampilkan imej yang lebih sopan. Mereka yang tidak bertudung diarah menutup kepala dan tidak menampakan rambut.

Begitulah yang berlaku ke atas Zakiah. Setibanya di hotel pagi itu Zakiah terus mengenakan tudung. Saya terpaksa menunggunya agak lama di lobi hotel sebelum dia turun dengan bertudung untuk ke lokasi.

Namun pelbagai tanggapan diterima setelah semua kakitangan wanita TV3 dan TV9 bertudung di Perkampungan Hadhari.


1 comment:

Anonymous said...

bertudung x semestinya menutup aurat... fahami definisi sebenar menutup aurat.. menghormati "orang Kelantan dan kerajaan negeri yang diterajui PAS"?? Bagaimana mengormati ALLAH? Fikir2kan sewaktu menulis..takut boleh mendatangkan syirik kecil..semoga Allah mengampuni kita semua dan memberi hidayah kepada kita semua..amin