Wednesday, March 12, 2008

DAP PULAU MAJLIS ANGKAT SUMPAH MB PERAK

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya lewat hari ini berkata partinya akan memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak esok.

Walaupun sebelum ini DAP, PKR dan PAS bersetuju siapa sahaja antara ketiga-tiga calon mereka yang dipilih, namun kenyataan DAP hari ini sudah menampakkan ketidak sefahaman.

Setiausaha Perhubungan PAS Perak dipilih untuk menerajui kerajaan negeri selain nama Pengerusi DAP dan Bendahari PKR Perak yang turut diserahkan kepada istana untuk dipertimbangkan.

Menurut Kit Siang pemilihan calon MB itu tidak mencerminkan mandat yang diberikan oleh pengundi.Undang-undang tubuh kerajaan Perak mensyaratkan MB adalah seorang Melayu beragama Islam.

Namun ada klausa menyatakan ia adalah budi bicara sultan untuk melantik selain orang Melayu. Apa dah jadi, perjalanan masih jauh untuk empat hingga lima tahun lagi!

1 comment:

My Words said...

yang DAP buat kita orang Melayu marah atas dasar sayangkan institusi beraja Melayu. Bagaimana pula di Terengganu, apa komen kita sebenarnya sebagai orang melayu?