Selasa lalu saya berkesempatan menghadiri ceramah umum yang dianjurkan Biro Penerangan UMNO Bahagian Puchong. Ia pertama kali diadakan sejak pemilihan kepimpinan baru bahagian diadakan lebih setahun lalu.
Lama tidak menyertai majlis seumpama itu diri berasa kekok sedikit. Sangka saya majlis diadakan di Dewan MPSJ tanpa menyedari bahawa dewan itu sudah tidak boleh digunakan lagi oleh UMNO.
Namun ada beberapa buah kereta di perkarangan dewan. Mungkin ada majlis lain atau mesyuarat sedang berjalan secara tertutup oleh DAP atau PAS dan mungkin juga PKR.
Saya membuka semula SMS yang dihantar oleh Ketua Penerangan Bahagian dan Setiausaha Bahagian. Nyata saya tersalah tempat. Rupanya ia diadakan di sebuah bangunan lama bekas pejabat pemaju perumahan yang dijadikan Bilik Gerakan UMNO cawangan.
Ketika saya sampai penceramah jemputan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hampir tamat berucap. Jadi saya tidak dapat mengulas apa yang disampaikan.
Penceramah kedua, Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Uztaz Effendi Yusof.
Isu yang dibawa tidak memberi impak yang kuat untuk mempengaruhi mereka di atas pagar, walaupun gaya penyampaiannya macam Sukarno.
Mereka yang hadir memenuhi semua ruang kerana tempatnya kecil.
Selepas ini satu siri ceramah akan diadakan lagi dengan membawa bekas pemimpin angkatan muda PKR
Namun Ketua Penerangan perlu merangka strategi lain yang dapat menambat hati mereka yang berada di atas pagar. Ataupun melembutkan keras hati pengikut di sebelah sana supaya berpaling tadah. Kita tidak perlu lagi dibuai gaya lama dengan sekadar memenuhi program untuk dimasukkan dalam laporan aktiviti biro pada mesyuarat AJK bahagian.
Aturgerak yang lebih tersusun dan agresif perlu dilakukan. Jangan biarkan wujud pelbagai puak dalam bahagian. Rapatkan barisan dan tanggalkan ‘Jaket Hitam’ atau apa juga ego dan hipokrasi yang ada pada AJK bahagian.
2 comments:
Salam
just to share
http://1426.blogspot.com/2009/11/is-zahid-hamidi-pm-material.html
Terima kasih Sdr Fudzail. Ulasan yang ikhlas daripada seorang perantau yang masih mencintai Malaysia.
Post a Comment