Biasanya perasmi datang kerana dijemput tetapi kali ini Timbalan Menteri datang kerana minta dijemput. Dijemput atau minta dijemput tidak lagi menjadi keutamaan. Yang penting matlamat dan hasrat murninya patut disanjung.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah siang tadi merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (2). Beliau minta dijemput kerana mahu menyampaikan mesej penting kepada ibubapa berkaitan perpaduan dan konsep 1Malaysia.
Sebelum ini beliau terbaca di dalam sebuah akhbar mengenai cerita tidak manis berkaitan sekolah berkenaan. Seorang guru (Melayu) dikatakan menampar anak muridnya (India).
Berdasarkan laporan itu beliau terus ke sekolah berkenaan untuk mengetahui puncanya.
Rupanya tidak besar manapun isunya. Guru itu hanya menampar sekadar memberi pengajaran kepada muridnya yang sering datang lewat ke sekolah. Ibubapa murid yang tidak berpuas hati memperbesarkan isu itu dan mendedahkannya melalui media.
Isu itu selesai dengan campurtangan Datuk Murugiah yang membuat keputusan menukarkan pelajar itu ke sekolah yang lebih hampir dari rumahnya.
Ada kalangan ibubapa mendakwa ‘tiada keseimbangan’ diantara PIBG dan pentadbir sekolah. Cauvinis India kini didakwa menguasai PIBG.
Harapan mereka, kehadiran Datuk Murugiah siang tadi dapat mengurangkan sikap cauvinis yang dibawa ke sekolah.

Pencapaian membanggakan. 33 pelajar berjaya mendapat 5A pada UPSR lalu berbanding 11 orang tahun sebelum ini. Semua pihak tidak mahu 'cauvinism' membantutkan kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment