Saturday, November 28, 2009

SISTEM URUS PENYEMBELIHAN KORBAN CANGGIH

Menyembelih lembu korban mengikut sistem rumah penyembelihan.

Sistem itu pertama kali dilaksanakan di masjid Al-Husna di Pusat Bandar Puchong, dan ternyata ia praktikal dilakukan oleh masjid-masjid seluruh negara.

Dalam masa lima jam, 12 ekor lembu selesai ditumbangkan. Sukarelawan masjid yang dipertanggungjawab melaksanakan tugas itu dibahagikan mengikut kumpulan khusus. Daripada kumpulan menumbang dan menyembelih sehinggalah ke kumpulan menimbang dan mengedarkan daging korban.

Apa yang perlu dilakukan, kawasan lapang hendaklah disediakan dengan kandang khusus untuk menempatkan lembu yang akan disembelih. Manakala prasarana lain termasuk tempat mengantung kaki lembu dan mesin pemotong tulang perlu disediakan.

Dengan menggunakan sistem kandang itu, setiap ekor lembu hanya memakan masa 10-15 minit untuk ditumbang dan disembelih.

Manakala sisa dan darah haiwan berkenaan terus dilepaskan melalui lubang yang disediakan dari tapak penyembelihan.



2 comments:

:: Feez_Mior :: said...

thumbs up for masjid al-husna, pusat bandar puchong.. cik lokman, nk mintk izin amik gmbr2 neh yer.. =)

leklook said...

Feez, ambiklaaa...

Tapi jgn lupa ckp dgn abah (cik mior) saya nak foto masa solat aidil adha dgn jemaah melimpah kat luar.