

Lori buruk yang dipandu apek tua akan menghantar minuman itu ke kedai-kedai runcit dan kedai kopi setiap minggu. Jika tidak silap kilangnya dulu di Hutan Melintang, Perak.
Tapi beberapa bulan lalu ketika bercuti ke Port Dickson minuman ini dijual di sebuah gerai makanan di tepi jalan berhampiran Perkuburan Askar Melayu Diraja. Gerai itu turut menjual buah-buahan tempatan.
Bagaimanapun kami sekeluarga kagum dengan kegigihan seorang gadis yang mengendalikan gerai itu berseorangan. Sekejap dia mengoreng pisang dan cempedak, sekejap lagi membuatkan minuman untuk pelanggan dan lepas itu membungkus dan menimbang buah-buahan. Dan selepas menerima bayaran dia kemudian mengemas dan mengelap meja.

1 comment:
Betul Man Hari raya kalau tak beli mmang tak sah rasanya..aku akan tempah air botol tu seminggu sebelum raya di kedai india parit 11
sehari dua nak raya aku akan ke kedai tuh ambik dan ikat "pak" tersebut naik basikal..seronok habis
memang betul kilang dia di hutan melintang
dua tahun lepas aku attend majlis kahwin anak bekas ketua polis selangor.Dia punya konsep ala ala tepi sungai dgn gerai gerai ...ada jumpa benda ni juga..best
Post a Comment