Monday, November 23, 2009

ADIK SAYA NASAEE DAPAT GELARAN DATUK

Adik saya Mohamad Nasaee dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi ketiga majlis penganugerahan semalam. Nasaee dan adik-adik yang lain menggunakan nama 'Ahmad Tarmizi' selepas nama mereka kerana bapak menukarkan nama 'Hamidi' selepas menunaikan haji pada awal tahun 1960an. Manakala saya serta kakak dan abang-abang yang lain menggunakan 'Hamidi' selepas nama masing-masing.

Nasaee pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Bagan Datoh, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak dan kini sebagai Ketua Penerangan Bahagian.

Tahniah Nas!

Berikut laporan Berita Harian hari ini mengenai penganugerahan itu.

Seramai 566 orang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran kerajaan Melaka termasuk 30 yang membawa gelaran Datuk pada istiadat penganugerahan sempena sambutan ulang tahun ke-71 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob bagi sesi ketiga di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Mengetuai senarai adalah Menteri Negara Hal Ehwal Luar Singapura, Datuk Zainul Abidin Rasheed; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Ketua Umno Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin; Panglima 1 Briged, Brig Jen Abdullah Karim; ahli perniagaan, Datuk Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi; Pengarah Eksekutif Ambank (M) Bhd, Datuk Mahdi Morad. Gabenor Riau, Datuk Rosli Zainal; Gabenor Kepulauan Riau, Datuk Ismeth Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Vincent EE Ching Hann. Mereka menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Turut terima anugerah sama, Penasihat/Ahli Lembaga Puncak Semangat Sdn Bhd (Kumpulan Albukhary), Datuk Abdullah Kadir Bacha; Pengarah Hospital Melaka, Datuk Dr Dul Hadi Mat Junid; Naib Pengerusi MCA Melaka, Datuk Ho Teck Keun; Pengurus Wilayah Ambank Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Mohamed. Sementara itu, Setiausaha Pemuda Umno Melaka, Zaidi Atan adalah antara 65 individu yang menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), manakala Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur adalah antara 86 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Pada majlis semalam juga seramai 35 individu menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 23 menerima Jaksa Pendamai (JP), 193 Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 101 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 32 Pingat Khidmat Lama (PKL).

Tuut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Mohamad. Sesi pertama dan kedua istiadat penganugerahan majlis ini diadakan masing-masing pada 10 serta 11 Oktober lalu. Jumlah keseluruhan yang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka pada tahun ini adalah 1,230.

3 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Tahniah Nash
Gelaran Datuk sekarang sudah mula di pertikaikan oleh orang ramai.jadi adalah menjadi tanggungjawab Dato Nash untuk mengiyakan tangagapan ini atau sebalik nya...

Ada seorang kawan rapat masa di TLDM dulu..dah lama tak berhubung tiba tiba dia mula menhubunggi kawan kawan lama dan ucapan pertama di talipon adalah seperti berikut:
Assalamualaukum
jawab saya...waalaikum salam
Ramli ker ituu...
Jawab Saya ya saya...boleh saya tahu ni sapa...
saya Datuk...sipulan...saya baru dapat dari negeri dot dot...tolong beritau kawan kawan yer..
Insyaalah..jawab saya

leklook said...

Namapun manusia. Skrg kalau baling batu mesti terkena D...k. Dah ramai sangat.

Apapun saya respect kalau dapat anugerah tanpa meminta-minta. Tu sebab borang yang Komander suruh isi saya tak isi sehingga kini.

Biarlah orang menilai kerja kita. Kalau kerja dah 20 tahunpun tak dapat pingatpun tak apa berbanding yang baru dua tiga bulan dah dapat PJK, sebab orang tak kenal kita.

Alhamdullilah, orang Melaka lebih kenal kita daripada orang Perak dan Selangor.

Zulkifli Bin Zahari said...

Assalamualaikum Pak Leklook,
Ingin tahu apa sebab ayah menukar nama Hamidi ke Ahmad Termidzi selepas menunaikan Haji?Ini juga berlaku pada moyang saya yang keturunan Jawa dari Abdul Rahman ke Haji Habib.Tapi anak2nya mengekalkan nama mereka tidak ikut seperti bapa mereka.