Sunday, November 15, 2009

SEDIH KERANA HAKNYA DIRAMPAS

(klik di atas lukisan untuk membaca luahan hati Diyana)
Tersentak saya bila menerima SMS daripada isteri semasa bertugas di Pulau Pinang semalam, “Sakit hati betul ngan cikgu…adik menang pas beton 85 meter no 3. Dia boleh tnya betul ke adik masuk..hadiah dia kasi kt org lain.”

Lebih tersentuh apabila terbaca luahan hati Diyana di atas yang tersimpan di dalam buku catatannya ketika saya membelek-belek buku itu malam ini. (Diyana tidur ketika saya scan catatannya).

Anak bongsu saya, Nur Diyana bersekolah di tahun satu Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (2). Sabtu lalu pertama kali dia menyertai sukan sekolah. Bagaimanapun kerana guru yang mengendalikan sukan itu kelam kabut, mereka tidak mengenali pemenang pada satu-satu acara.

Isteri saya dan ramai lagi ibubapa turut hadir dan menjadi saksi prestasi anak-anak mereka di padang. Bagaimanapun Diyana menjadi salah seorang mangsa sikap kelam kabut cikgu.

Walaupun menang dia tidak mendapat hadiah kerana guru yang mengendalikan acara itu tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna. Hadiah Diyana terlepas kepada orang lain yang tidak mengambil bahagian, tetapi mengaku sebagai pemenang.

Apapun luka di hati Diyana sedikit terubat apabila terpilih untuk naik ke pentas untuk menerima anugerah akademik, esok.

No comments: