Budak yang memakai baju no: 12....itu aku! Berdiri di belakang aku adalah Brig Jen Redzuan yang baru memegang jawatan Panglima 12 Briged. Manakala di sebelah kiri Redzuan, Brig Jen Dato Razif, bakal memegang KS Logistik bulan depan, tapi sekarang masih di Jakarta. Aku jumpa Dato Razif di London masa dia buat DA kat sana. Isnin lalu beberapa orang yang ada di dalam foto itu secara kebetulan berkumpul dan sembang-sembang di sebuah pejabat di tingkat 14, di Mindef.
Semua mereka dalam foto di atas adalah warga Abdul Rahman Kompeni yang mengabadikan kenangan selepas menamatkan acara sukan di sebuah padang di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Foto itu saya perolehi dari blog Lt Kol Fuad Hamzah (duduk di barisan depan sebelah kiri sekali). Fuad baru balik dari Poland beberapa bulan lalu setelah berada di negara itu kira-kira lima tahun untuk urusan projek kereta kebal.
Foto berkenaan mengimbau kenangan lampau kira-kira 27 tahun lalu. Walaupun sudah lama menjadi kenangan, hubungan kami sehingga hari ini amat akrab.
Foto ini pula kenangan di depan tembok halangan yang kami rindui. Lelaki berjanggut duduk di atas tembok itu adalah Kapt Amrit Singh. Aku pernah berpaut pada janggutnya ketika berlatih di dalam kolam renang di Mindef dulu. Carilah aku kat mana? Cari budak yang lopong tu.....sampai sekarangpun masih melopong!
Dan ini pula kunjungan rakan dari Korea Selatan. Budak yang rancak bersembang tu akulah, walaupun nampak pendiam. Budak yang pakai bush-jacket pangkat besar di bahu tu Fuad. Macam nak menguping jer tenguk aku berbual. Manakala budak yang asyik minum tu Lt Kol Dr. Kenali. Kenali dapat PhD. dalam bidang psaikologi dari UKM. Kenali ada ajak aku ambil sama-sama PhD. tapi aku tak ada masa.
Tenguk tu kat kolar masing-masing. Bukan semua layak pakai, kalau bukan pangkat Kolonel ke atas. Tapi masa tu kita sudah pakai walaupun hanya warna putih, macam bayi baru lahir!
(Sorrylah Fuad, aku songlap foto-foto tu dari blog ko)
3 comments:
Dr Kenali secara kebetulan ada bersama sama saya mengikuti dua kursus infantri
pertama combat jungle survival di Pulada
kedua Company Commander course juga di pulada
Lama dah tak berjumpa dia...dia pasti ingat saya kerana satu satunya pegawai TLDM yang sering berkursus bersama sama pegawai infantry....
Lok kalau ada phone number dia tolong sms kat aku
Komander Ramli,
Aku baru minum dan sembang dengan Dr Kenali Isnin lalu di Mindef dan lepak kat office dia. Nanti aku sms no tel. dia.
Roger....i dah dapat sms you..thank you
Post a Comment