Thursday, April 30, 2009

TAK PUAS MENEMBAK PISTOL P66

Foto : Bersama ACP Arjunaidi OCPD Petaling jaya

Semalam saya dijemput untuk menembak pistol semi-automatik Walther P99 di lapang sasar Subang. Jemputan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mendedahkan kepada kami keupayaan pistol berkenaan berfungsi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ternyata berpuashati dengan penganjuran acara menambak itu, walaupun simple tanpa ada pertandingan.

Namun bagi mereka yang biasa menembak, ia tidak berbaloi dengan masa yang diluangkan.
P99 dibangunkan oleh syarikat Carl Walther GmbH sportwaffen, Jerman mengantikan pistol Walther P5 dan P88.

Reka bentuk pistol mula dibangunkan pada tahun 1994 dan mula digunakan pada tahun 1997.


Spesifikasi :
Berat :
630 grams (22 oz) (9x19mm Parabellum)655 g (23.1 oz) (.40 S&W)
Panjang : 180 millimetres (7.1 in) (9x19mm Parabellum)184 mm (7.2 in) (.40 S&W
Panjang laras : length 102 mm (4.0 in) (9x19mm Parabellum)106 mm (4.2 in) (.40 S&W)
Lebar : 29 mm (1.1 in) (9x19mm Parabellum)32 mm (1.3 in) (.40 S&W)
Tinggi : 135 mm (5.3 in)

Tuesday, April 28, 2009

PERUBAHAN KEPIMPINAN DI MEDIA PRIMA - SELAMAT DATANG DATUK JJ

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Media Prima yang memayungi New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Selain itu Datuk JJ turut bertanggungjawab terhadap empat stesen televisyen tempatan milik Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Turut di bawah payungnya tiga stesen radio iaitu Hot.fm, Fly.fm dan One.fm selain beberapa syarikat berkaitan media yang lain.

Perlantikan beliau berkuatkuasa 30 April ini mengantikan pengerusi sekarang Datuk Mutalib Razak yang tamat tempoh. Selepas ini TV3 tidak payah lagi tercari-cari pengantara bagi program bualbicara isu semasa terbitannya kerana Pengerusi Eksekutif boleh melakukan tanggungjawab itu sendiri.

BUKU 'COFFEE TABLE' KELUARGA SIAP


Buku 'coffee table' perjumpaan Eidul Fitri keluarga tahun lalu sudah siap. Wakil keluarga boleh mendapatkan naskah itu daripada Al dan Nurul dengan hanya membayar kos percetakan.

Buku berkulit tebal dengan 48 halaman memuatkan 52 gambar yang diambil pada hari pertama Eidl Fitri di Tanjung Malim dan majlis berbuka puasa keluarga di Putrajaya.

Sebahagian gambar itu ada termuat di blog ini.

Saturday, April 25, 2009

ESPRIT DE CORP MASIH KUKUH SELEPAS 30 TAHUN


Foto : tunggak reunion Kol Hassan (dua dari kiri) dan Kol Rezil (tiga dari kiri)

Setelah lama dirancang hari ini Pengarah RGK (komando) Kol Hassan dan Komandan Pusat Latihan Perisikan, Kol Rezil boleh tersenyum lebar.

Pagi tadi hampir 30 orang skot Tauliah Jangka Tetap (TJT) 20 dan 21 dapat dikumpulkan oleh mereka di Kelab Golf Kinrara sempena majlis reunion malam ini.

Hampir 70 orang dijangka hadir malam ini pada majlis makan malam di Mes Pegawai Risik di Jalan Bellamy, belakang Istana Negara.

Inilah majlis terbesar pernah dianjurkan bagi menemukan kedua-dua intake sejak hampir 30 tahun meninggalkan Maktab Tentera Diraja (RMC).

Friday, April 24, 2009

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

Selangor - Datuk Seri Najib Razak
Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Kedah - Datuk Seri Shafie Apdal
Perlis - Datuk Md. Isa Sabu
Kelantan - Datuk Mustapa Mohamed
Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob
Terengganu - Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan
Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Johor - Datuk Abdul Ghani Othman
Sabah - Datuk Seri Musa Aman

Wednesday, April 22, 2009

TENTERA LAUT KAYA DENGAN ISTIADAT

Foto : latihan menembak di geladak
Cerita mengenai navy belum pernah habis. Tentera laut kaya dengan adat istiadatnya.

Walaupun di daratan, nama kapal tetap digunakan untuk kem dan markasnya. Contohnya KD Panglima Hitam untuk kem dan markas Paskal dan KD Duyong untuk markas latihan penyelam.
Foto : Pusat Latihan Penyelam (KD Duyong) - bersama Lt Kdr Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM
Tiang kapal di depan bangunan utama dijadikan simbol untuk pelbagai istiadat dan upacara.
Pelbagai bendera yang digunakan di atas kapal pula mempunyai simbol tersendiri. Ia berdasarkan sistem kod sebagai tanda isyarat kepada anak kapal dan kapal sahabat.

Foto : Captain Chan Peng Cheong, Pegawai Kanan Sistem Komunikasi, Markas Armada TLDM bersama pelbagai bendera simbol kod
Selain geladak yang digunakan untuk mendarat helikopter, ia turut digunakan untuk aktiviti riadah dan latihan menembak.

Anak-anak muda yang meminati kerjaya navy, jangan lupa berkunjung ke karnival jom heboh TV3 dan suarasa TV9 sempena hari ulangtahun stesen 'tiga tahun sentiasa di hati' di Pangkalan TLDM, Lumut hujung minggu ini untuk pendedahan awal.

Upacara pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut akan disempurnakan oleh Sultan Perak esok dan Jumaat ini.

Manakala Hari Terbuka Armada Bersama Konsert Jom Heboh dan TV3 Navy Special akan disempurnakan oleh Sultan Selangor selaku Kaptain Yang Dipertuan TLDM pada 25 dan 26 haribulan.

Program sambutan Jubli Intan (75 tahun) TLDM akan terus diadakan sehingga Disember ini dengan LIMA 2009 dan International Fleet Review di Pulau Langkawi.

Tuesday, April 21, 2009

PENCURI KASUT DITAMBAT


Mencuri kasut di masjid. Perbuatan itu sering berlaku walaupun perlbagai usaha dilakukan. Meskipun ternyata hukuman perbuatan itu, namun masih ada lagi yang sanggup melakukannya.

Di masjid Jamek kampung Baru Kuala Lumpur siang tadi saya terserempak dengan pencuri kasut di bahagian belakang masjid itu. Tangannya diikat pada sebatang tiang. Tanda 'saya pencuri kasut' disangkutkan pada depan dan belakang badannya. Melihat pada tanda tulisan itu yang di 'leminate' kan, saya menjangka perbuatan itu sering berlaku di masjid berkenaan.

Persoalannya adakah wajar hukuman mengaibkan sipencuri itu dilakukan? Jika tidak wajar apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan. Dan apakah langkah lain untuk menghindarkan kecurian itu?

Sunday, April 19, 2009

HOKI GELADAK DI KD LEKIU

Hoki geladak adalah antara sukan yang sering mengisi masa lapang anggota tentera laut yang dalam pelayaran.

Kerana ruang di atas kapal terhad, sudut geladak di hanger kapal friget menjadi tempat untuk mengekalkan kecegasan melalui aktiviti sukan hoki.

Kawasan padang hanya ditandakan dengan pita masking atau sekadar menggunakan tali kapal. Manakala bola hoki diperbuat daripada tali kapal yang disimpul dan dililit dengan pita masking. Kayu hoki pula adalah batang rotan yang dibengkokkan pada hujung sebelah bawahnya.

Permainannya tidak lebih seperti hoki ski.

Seringkali juga bola yang dipukul masuk ke laut.

Walaupun nampak mudah dan simple, sukan hoki geladak memerlukan stamina yang tinggi dan imbangan badan yang stabil ketika kapal menghadapi gelombang air laut.

Pemain kurang stamina (pewai) dan mabuk laut dirawat oleh anggota perubatan.

Pemandangan geladak dari hanger KD Lekiu.

Saturday, April 18, 2009

KEKANGAN POLITIK SEBABKAN PENGGUNAAN MASJID DITANGGUH

Kerana kekangan politik, masjid yang sudah siap dibina untuk penduduk di Pusat Bandar Puchong masih belum dapat digunakan.

Ahli jemaah kariah yang bermesyuarat di surau Al-Husna diberitahu masjid itu belum dapat digunakan kerana belum mendapat sijil layak menduduki (CF). Namun jika itu mahu diambil kira beberapa bangunan di sekitarnya sudah lama digunakan walaupun tanpa CF.

Malah sebuah bangunan yang mempamerkan perabot dan menjual kereta mewah terpakai tidak jauh dari lokasi itu sudah lama beroperasi tanpa CF. Sebuah sekolah di atas bukit bersebelahan yang sudah lebih enam tahun beroperasi juga belum mendapat CF.

Jemaah surau diberitahu semuanya kerana kekangan politik disebabkan peralihan kuasa kerajaan negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat.

Usaha jemaah untuk mengadakan gotong royong membersihkan masjid baru itu terpaksa dibatalkan kerana ada 'seseorang' memberi maklumat negatif kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Usaha kami hujung minggu lalu menempah permaidani untuk dipasang di dalam masjid baru juga terpaksa ditangguhkan. Bayaran pendahuluan sebanyak RM23 ribu sudah dijelaskan untuk permaidani itu. Gara-gara halangan itu, permaidani yang dibeli belum dapat dipasang.

Antara syarat yang dikenakan untuk jemaah menggunakan masjid itu; perlu mengadakan kereta jenazah dan bukti hak milik kenderaan atas nama masjid berkenaan beserta gambar kenderaan itu.

SEMANGAT SETIA KAWAN ANGGOTA PASKAL TINGGI


Rabu lalu (15 April) saya berkesempatan menghadiri majlis pengtaulihan Pasukan Khas Laut (Paskal), unit komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan gelaran KD Panglima Hitam. Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, berkata sebagai sebuah aset strategik negara, pentauliahan itu adalah satu penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi.

"Sesungguhnya pentauliahan ini memberi makna yang cukup besar khususnya kepada pasukan ini dan TLDM kerana pasukan ini banyak menyumbang jasa dan bakti dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Nama Panglima Hitam dipilih berdasarkan kepada gelaran pahlawan terdahulu yang melambangkan perilaku gagah, taat setia, tegas dan berwibawa.

Cadangan nama Panglima Hitam adalah ilham Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten di-Pertua TLDM, kata Abdul Aziz. Katanya, pentauliahan itu amat bertepatan dengan jasa dan pengorbanan yang disumbangkan pasukan itu dalam operasi menyelamat dan operasi cegah jenayah seperti Ops Fajar di Somalia, yang memperlihatkan keunggulan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi.

Foto : sebahagian pegawai TLDM yang hadir.

Pada majlis itu saya dikejutkan dengan panggilan seorang pegawai Paskal, Komander Ramli Kadri.

Tanpa mengetahui di mana beliau berada, saya menjawap panggilan, dan memberitahunya saya berada di majlis Paskal.

Beliau terus menjawap, "pandang kiri'.

"Kat mana?' tanya saya. "Cuba berdiri...." jawapnya.

Ternampak Komander Ramli segak beruniform putih dan memakai baret maron di kiri pentas menempatkan Abdul Aziz. Saya pula berada di sebelah kanan pentas itu.

Menurut Ramli, esprit de'corp anggota paskal amat tinggi. Walaupun beliau sudah lama bertugas dengan Sultan Selangor, tetapi hubungannya dengan rakan-rakan veteran Paskal masih intim seperti adik-beradik.

"Ko tak balik ke?" Itulah pertanyaan yang sering dilontarkan rakan-rakan veterannya bila ada sesuatu majlis Paskal.

Hari itu saya dan Ramli hanya sempat berehat beberapa minit sahaja di bilik penginapan saya di Wisma Samudera sebelum saya meneruskan program lain yang telah diatur.

Foto : ADC Sultan Selangor, Komander Ramli - hanya sempat meluangkan beberapa minit di Wisma Samudera bersama Leklook.

Monday, April 13, 2009

RAKYAT BAGAN DATOH BERTERIMA KASIH KEPADA PM

Komander Ramli said...
Bagus kalau kita menghormati tetamu...kadang kala bos okay tetapi orang keliling bos yang tidak peka benda benda kecik sebegini tetapi memberi impak yang mendalam.


Foto : Flight crew menjamah juadah ala kadar
Hanya dengan SMS majlis kesyukuran di atas perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan semalam, melimpahi dewan serbaguna Bangunan UMNO Bagan Datoh, di Simpang Empat Hutan Melintang.

Penganjur hanya sempat memberikan notis pendek kepada yang hadir dan seterusnya disebarkan di kalangan penyokongnya di luar Bagan Datoh.

Saya sendiri mendapat maklumat majlis itu daripada Komander Ramli. Kemudian saya membuat pengesahan serta melengkapkan butiran maklumat dengan menghubungi Setiausaha UMNO bahagian dan beberapa pegawai Datuk Zahid.

Majlisnya ringkas, mudah tetapi penuh makna. Ramai kenalan, saudara mara, anak Bagan Datoh dari luar daerah datang untuk menyerikan majlis itu.

Datuk Zahid tiba di Simpang Empat kira-kira jam 12 tengahari menggunakan helicopter TUDM, Black Hawk dari satu majlis kementerian di Bagan Serai.

Sejurus saya dan keluarga tiba di rumah di kampung Sungai Nipah Darat, Datuk Seri Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah beserta rombangan turut mengekori di belakang.

Kalau sebelum ini pegawai-pegawai Kementerian Penerangan dan Pegawai JAKIM dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengikuti beliau pulang. Kali ini anggota beruniform tentera kelihatan di sekitar kawasan rumah.

Setibanya rombongan itu, Datuk Zahid menjemput semua flight crew ke dapur menjamah apa yang ada untuk jamuan tengahari hari. Sepupu (Azhari Mokhtar) dan isteri yang membantu menjaga rumah dan menemani bapak sempat menyediakan sedikit juadah ala kadar.

Walaupun hidangan mudah dan simple ia menyelerakan flight crew. Mereka selesa menjadikan rumah ‘seperti rumah sendiri’. Saya dan isteri turut membantu menyediakan buah-buahan yang kebetulan saya beli di tepi jalan di Sungai Besar, Sabak Bernam.

Di luar, sekumpulan RAKYAT sudah menunggu giliran untuk menemui Datuk Zahid. Sepanjang berada di rumah, Datuk Zahid tidak sempat menjamah makanan, hanya sekadar meminum air kelapa muda yang disediakan Azhari.

Selepas makan, saya membawa bapak pergi dulu ke Simpang Empat bersama keluarga. Majlis dimulakan kira-kira jam 3 petang.

Pada majlis itu, ramai kenalan dan saudara-mara yang sudah lama tidak bersua dapat saya temui. Dan kami berbual mesra.

Ini adalah majlis kesyukuran di atas perlantikan sebagai Menteri Pertahanan. Majlis lain yang dikaitkan dengan jawatan dalam parti tidak boleh diadakan dalam tempuh itu kerana mematuhi peraturan dan undang-undang.

Oleh kerana mereka yang hadir di luar jangkaan penganjur, ramai yang tidak berpeluang menjamu selera termasuk sekumpulan pelajar Maahad Tahfiz yang dibawa dengan bas dari kampung Sungai Nipah Darat.
Foto bawah : dalam kesibukan sempat melayan rakyat.
Foto bawah : anggota beruniform tentera kelihatan di sekitar kawasan rumah.
Komander Ramli said...
Man, aku sekarang jarang jarang dah balik kampung kerana tugasan dengan "bos" tetapi semalam aku sempat sempatkan juga untuk panaskan enjin kombi aku balik Bagan Datoh.Syukur ramai yang datang "kenduri" senang hati tengok dan dapat sembang dengan Pak Kiai Hamidi (masih sihat dia) dan tabik kat dia kerana masih kenal aku dan berkata ini yang payung terjun tu kan..heheheNamun aku rasa komplek tuh tak berasa selamat kalau terjadi sesuatu kecemasan seperti kebakaran kerana hanya ada satu exit...semua bersesak sesak menuruni tangga setamat ucapan Dato Seri ZahidAku rasa ramai orang akan mati terpijak pijak di tangga...ingat sebelum terjadi..
Komander Ramli said...
Lok..aku kenal orang tua ni dah lama..Jangan tenguk pada yang datang mencium tangan sekarang tetapi siapa yang bersama sama dan tidaak lari kemana mana semasa Dato Seri kena ISA
Foto atas : antara yang hadir di dewan UMNO.
Foto bawah : turut hadir saudara mara dari Shah Alam.
Foto atas : sempat meluangkan masa mendengar nasihat ayah.
Foto : Komander Ramli - wong jowo Bagan Datoh.

Foto atas : Jeti Bagan Datoh - antara lokasi yang dicadangkan untuk dijadikan Depot TLDM

Foto : Suhaimi yang sering membawa Datuk Seri Zahid ke mana-mana tidaklah lega sangat walaupun tidak menggunakan perkhidmatannya untuk balik kampung kali ini. Tapi kereta yang dipandunya lebih laju daripada Black Hawk.

Sunday, April 12, 2009

SIAPA BAKAL MA DATUK ZAHID?

Sebaik barisan kabinet baru diumumkan, sms pertama ucapan tahniah diterima daripada Pengarah Kor Armour, Kol Kamarul.

Kol Kamarul adalah antara beberapa skot Regular 21 yang memberi ucapan tahniah dan menyatakan sokongan terhadap perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebagai Menteri Pertahanan.

Antara skot Regular 21 lain yang menghantar ucapan tahniah pada hari itu; Kol Hassan Ali, Kol Fadzlette, Lt Kol Md Din dan Lt Kol Dr. Kenali.

Esoknya Ketua Pengarah PLKN, Datuk Hadi Awang Kecil turut menghubungi saya mengucapkan tahniah. Terperasan pulak, macamlah saya yang menjadi Menteri Pertahanan!.

Apapun saya amat menghargai ucapan itu dan mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak Datuk Zahid.

Bagi Datuk Zahid Kementerian Pertahanan tidak asing baginya. Selama hampir empat tahun sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, sekurang-kurangnya beliau tahu selok belok dan cara bekerja di Mindef.

Antara usaha dan idea beliau yang diterima pakai sehingga hari ini ialah penganjuran Malam Media & Anugerah Media Pertahanan. Ketika Datuk Seri Mohd Najib menjadi Menteri Pertahanan, acara itu tidak pernah gagal untuk diadakan.

Kini sebagai Menteri Pertahanan yang baru, Datuk Zahid memerlukan sokongan, dokongan serta kerjasama daripada warga ATM dan seluruh kakitangan awam di Mindef.

Isnin ini secara rasminya beliau akan memasuki pejabatnya di Tingkat 5 Wisma Pertahanan. Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta panglima-panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang disertai Ketua Setiausaha Kementerian dijangka memberikan taklimat kepada beliau.

Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz Haji Jaafar yang secara kebetulan bersama-sama Datuk Zahid di Makkah pada musim haji lepas pastinya mempunyai kenangannya tersendiri.

Beliau yang telah mengambil alih tugas sebagai Panglima Tentera Laut mulai 1 April 2008 adalah panglima perkhidmatan yang paling muda ketika ini dan disebut-sebut bakal menjadi PAT selepas ini.

Kini satu lagi jawatan tentera di pejabat menteri perlu diisi. Jawatan Penasihat Ketenteraan atau MA akan diisi oleh kalangan pegawai tentera yang berpangkat Kolonel atau setaraf.

Anak Bagan Datoh yang menjadi ADC Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi apabila saya tanya mengenai jawatan itu berkata beliau masih menyayangi tugasnya di istana dan amat selesa bekerja dengan Tuanku Sultan.

Manakala seorang lagi anak Bagan Datoh, Kolonel Md Rahim Hj Mohamad yang mengetuai M15 (Keganasan & Keselamatan Khas), Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) mungkin juga lebih selesa dengan jawatan yang disandang itu.

Kemana pula Lt Kol Nasir Ali, 2IC Rejiman Askar Wataniah yang bertanggungjawab di Perak. Anak Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh itu masih aktif lagi ke dengan musik yang diminati itu? Atau sesekali melepaskan giatnya bersama Kombo Tentera Darat.

Apapun bukan anak Bagan Datoh yang menjadi ukuran untuk dilantik sebagai MA kepada Menteri Pertahanan yang baru. Sesungguhnya amat ramai yang layak untuk menjawat jawatan itu, termasuk di kalangan Regular 21!
Update : Kolonel Md Rahim telah disahkan sebagai MA Menteri Pertahanan. Manakala Lt Kol Nasir menolak tawaran kerana dalam proses persaraan. Sementara bagi Komander Ramli, beliau tetap menyokong dari belakang dan telah turut hadir meraikan majlis kesyukuran di Bagan Datoh, Ahad petang.

Eh..! ini bandit atau askar? Di bumi Sangkuriang (Bandung, Indonesia)

Thursday, April 9, 2009

KABINET NAJIB


Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Tuesday, April 7, 2009

MEDIA BARU PENGARUHI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL

DUN Bukit Selambau :
S. Manikumar (PKR) 12,631
Datuk S.Ganesan (BN) 10,229
*13 calon bebas hilang wang pertaruhan.
Majoriti : 2,403

Parlimen Bukit Gantang :
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860
Ismail Safian (BN) 19,071
Kamarul Idris (bebas) 62
Majoriti : 2,789

DUN Batang Ai :
Malcom Musen anak Lamoh (BN) 3,907
Jawah anak Gerang (PKR) 2,053
Majoriti : 1,854

Monday, April 6, 2009

F1 TERSINGKAT PENUH DRAMATIK


Kali ini Formula Satu (F1) di Sepang tidak tamat sepenuhnya dan dianggap perlumbaan paling gila. Pada acara terakhir hari ketiga, perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Malaysia Petronas dihentikan pada pusingan ke-32 kerana hujan lebat.

Walaupun cuaca terik pada awalnya tetapi hujan lebat sekejap-sekejap menyebabkan beberapa acara sebelum itu ditangguhkan beberapa kali.

Kerana hujan semakin lebat dengan keadaan trek basah dan air bertakung yang mengancam keselamatan pemandu, penonton hanya mampu disajikan dengan perlumbaan setakat itu sahaja, berbaki 24 trek lagi.

Apa boleh buat, penonton yang membayar RM1,950 untuk tempat duduk di Grand stand Diamond terpaksa menerima hakikat itu. Ini merupakan perlumbaan F1 paling singkat dalam tempoh 18 tahun.

Dan ketika penonton sedang aksi mengikuti perlumbaan petang itu, tempat duduk berbumbung juga dipenuhi lempahan air dari saluran yang bocor.

Pada perlumbaan itu pemandu Brawn GP, Jenson Button mendapat loteri menjuarai perlumbaan. Tempat kedua diraih pemandu BMW Sauber, Nick Heidfeld dan pemandu Toyota, Timo Glock berkedudukan ketiga.
Foto : Ternampak di sudut atas ruang VVIP kelibat anak-anak buah; Nurul, Al & Echam
Foto : Walaupun prestasi Ferarri menurun, peminat masih bersemangat membawa bendera.
Foto : Surau F1 - ramai masih berkesempatan menunaikan kewajipan sebelum perlumbaan bermula.
Foto : Sapa pulak ni?...

Foto : Bocor di tepi cermin - ruang ditinggalkan kosong sementara.
Foto : Ruang VVIP

Foto : Peragaan wanita - antara jadi tumpuan.