Sunday, October 12, 2008

MACAM-MACAM GAYA


Pelbagai cerita terukir di sebalik majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang & Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Majlis diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2008 sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Melaka.

Seorang sahabat yang baru menerima surat tawaran penerimaan pingat memberitahu, pakaian pengiring wanita sama dengan penerima. Beliau mentafsirkan, jika sama dengan penerima maka baju pengiring wanita juga serba hitam.

Lantas saya katakan kepadanya, jika begitulah keadaannya ia seperti majlis upacara pengkebumian atau berkabung.

Lalu saya jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai 'sama dengan penerima' ialah penerima wanita - iaitu berpakaian baju kurung atau kebaya labuh ke lutut dan berselendang (kecuali yang memakai telekung mini) yang diletakkan di bahu kanan - bagi wanita Melayu.

Manakala dalam sessi taklimat ringkas Dato Bentara menjelaskan cara berpakaian sampin mengikut adat Melayu iaitu jika sampin berada dua tapak tangan di atas lutut itu menandakan orang belum kahwin.

Jika sampin berada dua tapak tangan di bawah lutut itu menandakan orang sudah kahwin. Manakala jika sampin labuh melepasi ukuran itu ke bawah lutut itu sampin orang alim.

Jika bersongkok singgit ke kiri itu menandakan orangnya 'loklak', manakala jika bersongkok singgit ke kanan itu menandakan dia itu 'kasanova'. Oleh itu sebaiknya bersongkoklah secara betul di tengah-tengah kepala.

Masa taklimat dan raptai telah diberitahu, jangan pakai sampin berwarna selain hitam dan jangan pakai Sut Barat selain hitam (Dark Lounge Suit). Tapi bila majlis istiadat ada juga yang tidak beradap..

Masa menghadap macam-macam karenah dan gaya, suka hatilah kau Labu.....Tapi kata-kata Dato Bentara perlu diingat. Majlis ini adalah majlis adat yang tinggi mertabatnya. Anugerah darjah yang diterima bukan dibeli dengan harga RM10 ribu dan diambil di lobi hotel.
Foto : Suasana selepas majlis tamat untuk sesi bergambar.

Shah Rukh Khan Dianugerah Datuk

MELAKA, 11 Okt (Bernama) -- Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari Sabtu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, esok dan Ahad ini.

"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa."Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).-- BERNAMA

9 comments:

Kulupbana said...

Salam bro Lokman,
Jika sdr menerima anugerah maka tahniah saya ucapkan. Orang yang berjasa besar wajar dianugerahi supaya ianya merangsang seseorang itu untuk terus berbakti; tentulah bukannya terus tenggelam oleh glamor pingat.

Tapi bila sdr kata pingat ni nilainya bukan RM10 ribu apatahlagi bukannya dapat di lobi hotel, saya terus bungkam dan keliru.

Sebabnya Shah Rukh Khan pun dapat anugerah DMSM bergelar Datuk.

Tirai Raja Lawak dah berlabuh..

Kulupbana said...

Salam bro Lokman,
Jika sdr menerima anugerah maka tahniah saya ucapkan. Orang yang berjasa besar wajar dianugerahi supaya ianya merangsang seseorang itu untuk terus berbakti; tentulah bukannya terus tenggelam oleh glamor pingat.

Tapi bila sdr kata pingat ni nilainya bukan RM10 ribu apatah lagi bukannya dapat di lobi hotel, saya terus bungkam dan keliru.

Sebabnya Shah Rukh Khan pun dapat anugerah DMSM bergelar Datuk.

Tirai Raja Lawak dah berlabuh..

Kulupbana said...

Maaf bro,
Tertekan dua kali.
Namun, selamat hari raya maaf zahir batin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Lok,

Tahniah. Semoga Sdr dan keluarga sentiasa sihat sejahtera.

LEKLOOK said...

Terima kasih datuk Tiger dan Sdr Zaki.

Macam itulah, mungkin Shah Rukh memberi sumbangan dalam mempromosi Melaka sebagai destinasi pelancongan melalui lakonannya.

Tapi hari ini SENIMAN jadi panas melalui Mustafa Maarof dan sahabatnya yang lain.

Apapun terima kasih Tok Ali!

LEKLOOK said...

Asalkan Bintang BCM tidak dibeli

Anonymous said...

Tahniah Lek!

Apa pun bangga sbb walaupun pingat kecik, dia pingat free..bukan beli.

Ada kawan sorang tu..beli pingat dari Pahang..umur muda, bisnes hanyut..nak glamer lebih..ngorat artis. Cerai bini.. Harga pingat utk bergelar Dato' dari Pahang RM 150 ribu.. cheh! hutang keliling pinggang..buat apa??!

Apa ada pada pangkat kalau hidup tak berkat?

LEKLOOK said...

Terima kasih kak long

Kulupbana said...

Salam bru sekali lagi.
Dengar kata Negeri Sembilan 30K pun dah boleh dapat.

Kesian yang dapat Datuk dari Mindanao; Malaysia tak iktiraf sedangkan kalau ikutkan jasa Prof Dr Hamdan Adnan, jasa nya pada negara punyalah banyak.

Molek benar kalau Chef Wan diberi anugerah Datuk. Relevan ..