Friday, June 1, 2007

SURAT UNTUK REGULAR 21


Panggilan daripada Kolonel Kamarul dan Kolonel Masrani semalam membuat saya perlu melakukan sesuatu untuk mengumpulkan semula Regular 21.

Cadangan Kolonel Masrani supaya Regular 21 mewujudkan laman webnya sendiri perlu dilaksanakan segera. Cadangan ini pernah diusulkan dahulu tetapi masih terbantut sehingga kini.

Lt Kol Aziz mungkin boleh membantu untuk menyediakan asas dan tapaknya kerana kepakaran bidang tugasnya.

Kewujudan laman web itu seharusnya tidak lagi tersekat selepas ini. Dan untuk permulaan jika skot semua setuju, saya boleh membuka satu lagi blog khas untuk kita.

Kita semua hendak juga tahu cerita Lt Kol Fadzellette selepas bersara, apa yang Kol Masrani dan Kol Kamarul lakukan di Mindef, apa cerita pula dengan Lt Kol Kenali, sudah ke dia bergelar Dr?

Lt Kol Fuad Hamzah sudah balik ke belum dari Poland? Bagaimana pula dengan Brig Jen. Dato Ackbal kita? Kita pun hendak juga ‘up-date’ pangkat skot-skot kita. Nanti tersalah sebut pangkat kena pulak ‘discharge’, tambah lagi jika ada yang sudah bergelar Dato.


Intake lain ada yang sudah tubuhkan Yayasan, kita bila lagi?

Oleh itu, pandangan dan maklum balas daripada semua skot amat diperlukan. War-warkanlah ye!

6 comments:

fauziabd said...

Saya amat bersetuju Regular 21 mempunyai laman web dan group email bagi menyambung semula silaturahim yang telah lama terputus. Bagi rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya saya ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan kerana "perjuangan kita masih lagi belum selesai", kepada rakan-rakan yang telah bersara "selamat bersara" dan jangan lupa juga bahawa jasamu tetap dikenang dan teruskan perjuanganmu sebagai ...(B)...!! Kalau ada apa yang diperlukan bagi merealisasikan rancangan Regular 21 saya sedia berkhidmat walaupun saya berada diutara tanahair.Insyaallah, semoga berjaya hendaknya. Salam dari saya Mej(B)Mohd Fauzi Abdullah (3001679).

LEKLOOK said...

Terima kasih skot,
Mejar Fauzi sentiasa memberi sokongan untuk kita. Pertemuan-pertemuan kita sebelum ini banyak dibantu oleh beliau. Banyak projek dan usaha perlu kita gerakan untuk kita semua. (3001654)

fauziabd said...

Assalamualaikum Sdr Lokman,
Saya seronok juga bila tengok blog yang sdr tuliskan ni. Sekurang-kurangnya dapat juga mengetahui perkembangan sdr. Tetapi bila buka cerita regular21, tak ada response daripada kekawan kita. Agaknya mereka dah lupa kat kita kut? Harap-harap sebaliknya la ya! Saya sekarang ni banyak masa diutara kadang2 kat Penang dan kadang2 kat Perlis. Biz agak slow masa ni, tu yang tak dapat nek ke KL. Walaubagaimanapun saya akan meneruskan perjuangan ini...Insyaallah mungkin satu hari nanti Allah SWT akan memberikan razeki kepada kita.
Sekian, terima kasih.
Mej(B) Mohd Fauzi Abdullah (3001679)

LEKLOOK said...

Terima kasih sekali lagi Mejar Fauzi, banyak jugak saya dapat response daripada mereka. Lt Kol Md Din ada call dari Medan Latihan di hutan Pahang, Lt Kol Kenali juga ada call dari Kem Kota Tinggi, begitu juga Kapt Hairom. Mereka semua sokong, hanya mungkin mereka malas menulis.
Mengenai usaha kita tu, insyaAllah tiba masanya adalah rezeki. teruskan perjuangan!

Unknown said...

Lokman' assalamualaikum.
You're the right man to start the ball rolling. Believe me, Reg 21 will all out to support this noble intention. Let us begin with small group. Later, the rest will follow. Everybody are busy nowadays with their own business...but sooner or later they will look back to search their lost friends!. We are not getting younger skot...

Lokman, let us make it happen.
Kol Redzuan Hj Baharuddin (3001667) Komandan PULADA.

LEKLOOK said...

Thanks Kol Redzuan, I am amuse to hear it from you. At least we know where to search you, skot!

Congrate! and lets we start the ball rolling.