Friday, December 11, 2009

MAYANGSARI RESORT DI PD TIDAK DISELENGGARA

Cukuplah walaupun sehari. Sejak semalam kami sekeluarga menginap di Mayangsari Resort yang terletak di batu 2.5, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum balik kampung menjaga emak.

Saya menjadi pemilik bersama (Joint Ownership) baru beberapa bulan walaupun tempat percutian itu sudah lama wujud. Kerana isi keluarga ramai , saya memilih Penthouse dengan tiga bilik tidur, satu bilik di bawah dan dua bilik di atas.

Kini ia sudah menjadi rumah kedua kami apabila anak-anak semua bercuti. Ruang tamunya luas dan boleh buat kenduri tahlil yang memuatkan kira-kira 50 orang.

Kerana resort ini dibina sudah agak lama, penyelenggaraannya terabai. Bilik-bilik sudah tidak ada kunci. Nak tidur terpaksa letak kerusi panjang di belakang pintu. Paip airnya pula banyak yang tercabut.
Bathtab yang terletak di tepi tingkap sekadar hiasan kerana tidak memberi kepuasan kepada penghuninya. Hanya air sejuk yang keluar. Bila air bathtab dilepaskan semua lantai tandas digenangi air.

Selepas ini bila bangunan di sebelah siap, kami sekeluarga harap dapat menginap di penthouse yang baru.

Foto : bangunana baru dalam pembinaan.

4 comments:

inijoe0760 said...

tido kat sri pena aje. bilik pun banyak...murah dan selesa.

Anonymous said...

apa2 pun saya tetap gembira bila bercuti ngan family tanpa mengira tempt dan suasana....bahagianya..hnya Allah yang mengetahuinya.

leklook said...

Terima kasih. Saya juga berasa begitu. Saya sempat menginap di resort tuala Good Morning tapi masih berasa puas hati kerana family ada bersama.

Anonymous said...

As Salam nak tanya sikit, tuan beli ke aparment Mayang Sari dengan Pelaburan Aset Hak Milik kekal...Ok dab betul ke pelaburan tu...