Bulan ini cuti umum hari Jumaat berlaku saban minggu. Dan setiap kali cuti hujung minggu yang disambung dengan cuti umum beginilah keadaannya di lebuhraya. Kenderaan bergerak ‘pungung ke pungung’. Lebih memburukkan keadaan apabila masih terdapat pemandu yang tidak berhemah. Memecut dan memotong sesuka hati.
Foto : Kalau dah sesak tandas di stesen Petronas tempat terbaik untuk melepaskan hajat.
Di setiap ‘R & R’ keadaan begini kerap berlaku. Tiada ruang untuk parkir untuk sekadar membuang air kecil. Gerai dan meja makan penuh sesak. Cara terbaik tunggu dalam kereta, yang lain turun beli makanan bungkus dan selepas itu makan dalam kereta.
Ada juga pemandu yang tidak segan silu dan tidak ingat bahaya, letak saja kereta di tepi jalan dan buatlah macam air terjun di sebelah Gua Tempurung.
Ada juga pemandu yang tidak segan silu dan tidak ingat bahaya, letak saja kereta di tepi jalan dan buatlah macam air terjun di sebelah Gua Tempurung.
Foto : Ini bukan di R & R tapi di sebuah restoran sesampainya di destinasi di Bukit Jambul.
No comments:
Post a Comment