Hari ini urusan lain yang dirancang, urusan lain yang kena buat. Pagi-pagi lagi terpaksa ke bengkel kereta berhampiran rumah untuk membuat pemeriksaan tayar. Dalam perjalanan balik dari Sungai Petani semalam kereta bergegar ketika memandu 100 ksj selepas melewati Kuala Kangsar. Namun apabila memandu melebihi 140 ksj kenderaan kembali stabil.
Hari ini selepas membuat ‘balancing’ mekanik memberitahu tayar kiri di belakang tidak stabil, kembung dan perlu diganti.
Saya katakan tayar baru ditukar tahun lalu. Cina itu kemudian menjelaskan tayar ini tahun 2006 bukan tahun lalu, sambil menunjukkan tanda kod pada tayar.
Darah mula menyirap dan memarahi Cina itu serta taukeh bengkel. Nasib baik resit tahun lalu ada disimpan di dalam kereta.
“Lu jangan tipu saya, ini resit tunjuk tahun 2008. Lu kasi tayar 2006. Sekarang saya mahu tukar tayar, tapi saya tak mahu bayar,” bentak saya.
Saya buat havoc satu kedai, habis semua pelanggan dan mekanik lain diam. Akhirnya taukeh bengkel akur dan mengantikan kedua-dua tayar yang saya beli tahun lalu dengan yang baru, walaupun murah sedikit harganya daripada tayar yang sudah lebih setahun saya pakai.
Saya meninggalkan bengkel setelah membayar hanya RM24 untuk upah 'balancing' keempat-empat tayar, walaupun harga sebenar kedua-dua tayar kira-kira RM900.
Laksanakan hak anda sebagai pengguna.
2 comments:
amboi..garang nyer!
bagus dan tahniah kerana lek look berjaya laksanakan hak sebagai pengguna. Mula-mula terkezut dengan harga tayar baru kereta lek look berharga RM24 sahaja. Saya teringin juga nak tukar 4 tayar..
Terima Azroy,
Masa di Peang sempat juga ziarah Nazri Lek Pah kat Bukit Gelugor.
Post a Comment