Sunday, December 20, 2009

REUNION DI KENDURI KAHWIN ANAK


Sepohon pokok di tengah sawah mengalu-alukan kedatangan kami.

Kunjungan ke majlis perkahwinan anak seorang rakan yang seperguruan di Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diadakan di Kampung Lembah, Penaga Seberang Prai Utara semalam amat memberi makna.

Ini adalah kali kedua membabitkan rakan seperguruan dari RMC membuat kenduri kahwinkan anak. Sebelum ini Kol Rezil daripada Kor Risik kendurikan anak di Melaka. Rezil sekarang dah bergelar datuk kerana anaknya pun dah menjadi ibu.

Majis di rumah Mejar Harun Din daripada Askar Melayu mengumpulkan 10 daripada beberapa puluh rakan seperguruan. Kami berkumpul di Sungai Petani sebelum bertolak ke Penaga yang didahului kenderaan perintis oleh Kol Jalal daripada Askar Melayu dan Mejar Norkiah daripada Kor Semboyan yang telah membuat tinjauan sehari sebelum itu.

Antara yang turut serta dalam konvoi kami Kol Rezil, Lt Kol Fuad dan Lt Kol Razak daripada Kor Jurutera Letrik & Jentera serta Lt Kol Dr. Zulkifli daripada Kor Ordenance.

Mejar Fauzi daripada Kor Jurutera yang bertolak awal pagi dari Perlis menunggu konvoi kami di persimpangan masuk ke Kampung Lembah. Manakala Mej Md Akhir daripada Askar Melayu menjadi orang terakhir menyertai kami di rumah Harun Din.


Walaupun tempoh bersama di RMC singkat berbanding masa panjang berkhidmat dan menempuh hidup, ia begitu berkesan untuk menanamkan sifat kebersamaan (esprit d’corp).

Benih yang ditanam di RMC rupanya ranum ketika anak-anak kami sudah besar panjang dan menjengah alam rumahtangga.

Kebersamaan yang ada seharusnya tidak terhad dengan menghadiri kenduri kahwin anak. Ia harus dilebarkan merangkumi pelbagai bidang kehidupan termasuk membuka jalan untuk menyediakan masa depan anak-anak.

Perhimpunan terbesar yang bakal disertai keluarga masing-masing di perkarangan RMC April depan diharap menjadi kenyataan. Komitmen yang ada pada Lt Jen Datuk Hadi mungkin dapat merealisasikan impian itu untuk semua skot Regular 20 & 21 berhimpun.

No comments: