Sunday, December 6, 2009

LIMA 2009 CATAT URUSNIAGA RM9.5 BILION.


Foto : Menteri Pertahanan bersama Ketua Pengarang TV9 pada hari terakhir LIMA.

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 yang bermula Selasa lalu melabuhkan tirainya semalam dengan mencatatkan urus niaga industri pertahanan dan keselamatan yang dianggarkan bernilai RM9.5 bilion. Jumlah dagangan itu melibatkan nilai rasmi sebanyak RM4.7 bilion, manakala bakinya melibatkan persetujuan pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan kontrak tidak rasmi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah rasmi berkenaan, syarikat swasta mencatatkan pemeteraian kontrak dan MoU terbesar iaitu sebanyak RM2.4 bilion.

Katanya, Kementerian Pertahanan pula mencatatkan nilai keseluruhan RM1.27 bilion diikuti urus niaga syarikat swasta di tapak pameran masing-masing (RM1 bilion) dan agensi-agensi kerajaan lain sejumlah RM17.56 juta. "Jumlah ini rendah sedikit daripada yang dicatatkan pada penganjuran dua tahun lalu tetapi kita faham ia disebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk ketika ini.

"Saya yakin untuk tempoh dua tahun akan datang, beberapa majlis menandatangani kontrak dan pembekalan aset tentera akan terus dijalankan yang kita akan umumkan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar LIMA 2009 yang berakhir hari ini di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini. Edisi LIMA kali ini melibatkan 325 peserta dari 25 buah negara antaranya Australia, Belarus, Denmark Singapura, New Zealand, Indonesia, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Rombongan tetamu Menteri Pertahanan dari Bagan Datoh melawat KD Perak.

Ia dibahagikan kepada dua sektor iaitu maritim yang diadakan di Awana Porto Malai dan segmen udara di MIEC. Ahmad Zahid berkata, LIMA 2009 berlangsung dengan jaya termasuk menyaksikan penyertaan syarikat tempatan yang menempah seluas 37 peratus lantai pameran sekali gus membuktikan mereka mula bergerak untuk menjadi pemain-pemain utama dalam industri pertahanan.

Katanya, ia juga menyaksikan kehadiran panglima laut seramai 31 orang dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam Persidangan Maritim Antarabangsa. Menurut beliau, LIMA 2009 yang mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan turut menyemarakkan lagi industri pelancongan negara apabila ia menganjurkan karnival di pekarangan letak kereta Awana Porto Malai dan Kompleks Pekan Rabu di Kuah.

"Para peserta karnival itu mempamerkan pelbagai jenis produk, kraf tangan dan makanan yang terdapat di negeri masing-masing bagi membolehkan pengunjung mengenali produk mereka," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, kehadiran pelawat yang mengunjungi pameran sepanjang lima hari itu dianggarkan mencecah 78,000 orang.

PINDAD - Antara yang dipamerkan. Adakah kenderaan ini akan mengantikan APC yang sedang berkhidmat di Lubnan?

Katanya, ia melibatkan pelawat perdagangan sejumlah 38,000 orang dan bakinya merupakan pengunjung awam. Menurut beliau, LIMA yang dianjurkan sejak 1991 hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diteruskan pada 2011.

- Utusan Online.

5 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Bagus lah ada juga bawa orang orang bagan datoh..biar mereka kenal dengan asset strategik negara dan tau bahawa tugas ahli parlimen mereka sekarang berganda ganda...bukan kawasan sahaja tetapi sekarang..PERTAHANAN NEGARA
Pegawai pegawai di kawasan pula jangan ambil kesempatan jangan sampai harapkan pagar pagar makan padi...jujur lah membantu bukan setakat menghurung gula

Kepten Ramli Kardi said...

Semasa di langkawi saya ada juga bersama Dato' Seri dalam 2/3 program...dia dengan i masih seperti dulu..masih orang bagan datoh bukan seorang menteri pertahanan dengan pegawai tentera..saya berbangga cuma saya yang terpaksa menbuat satu garisan pemisah...apa apapun saya seorang pegawai tentera dan dia menteri pertahanan...balik kampung lain cerita

Kepten Ramli Kardi said...

Body guard dia adalah anak didik saya...saya yang melatih dia semasa menjalani kursus asas komando...
itu kesinambungan aku

leklook said...

Terima kasih Komander Ramly.

Kita semua adalah pelengkap. Kalau tidak ada yang satu, yang lain roboh.

Cuma aku datang pakai t-shirt dan guna pas Press, bawa wartawan dan juru-kamera untuk buat liputan.

Aku tak bawak Principal dari luar. Tu sebab orang yang pakai jacket dan tie tak pandang aku.

Aku datang bukan kerana Zahid Hamidi tetapi kerana Menteri Pertahanan.

Dulu masa LIMA 1991 aku dah pernah datang.

Kepten Ramli Kardi said...

"Aku datang bukan kerana Zahid Hamidi tetapi kerana Menteri Pertahanan"

Man satu peryataan yang cantik....!