(Terjemahan saya dari blog seorang FOLLOWER. Sekadar untuk renungan bersama.)
Kira-kira empat tahun sudah berlalu. Ibu meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Kini saya terasa kesunyian.
Setelah beberapa bulan ibu meninggal, ayah berkahwin dengan seorang janda. Sebenarnya seorang janda muda yang tidak pernah mempunyai anak dalam hidupnya dan tidak mempunyai pengalaman langsung untuk menjaga anak.
Dia kemudian hadir dalam hidup kami, tiga anak yang membesar dan seorang suami baru.
Selepas ayah memperkenalkannya kepada saya dan adik-beradik lain, tiada terdetik dalam hati saya untuk menganggap dia seorang perempuan yang tidak baik. Ini kerana sebelum mengahwini ayah, dia melayani saya dengan baik. Saya tahu itu semua muslihat untuk menarik perhatian supaya saya menghormatinya dan sebagainya.
Tetapi saya tidak dangkal untuk terpengaruh dengan semua itu, namun saya masih bersikap seperti biasa. Saya tidak menunjukkan rasa marah dan berperlakuan tidak beradab.
Selepas dia mengahwini ayah, keadaan semakin buruk. Dia mula menekan ayah, tetapi ayah tidak berbuat apa-apa kerana ayah seorang lelaki yang penyabar. Dia menguasai semua yang ada di rumah, kewangan kami malah perkara-perkara kecil mengenai saya.
Saya kira semua perlakuan ibu tiri yang ditonjolkan dalam filem tidak benar. Tetapi rupanya ia benar-benar berlaku terhadap diri saya.
Suatu hari selepas saya menamatkan pengajian sekolah menengah, saya berkata kepada diri saya, "saya bersedia untuk berperang.".
Saya mula menentang tindakan perempuan itu, semua yang diperkatakannya menjadi TIDAK kepada saya. Saya tidak menuruti apa yang dipertuturkannya. Malah jika dia menekan ayah, saya akan melawan.
Tapi sekarang, saya sudah letih untuk melawan. Tindakan itu pernah membuatkan saya rasa puas tetapi bukan lagi sekarang. Kini saya perlu menjaga hati ayah.
Setiap kali kami bertengkar, saya dapat merasakan ayah bersedih. Air muka kesedihan ayah menyebabkan saya berasa tidak gembira.
Saya jadi duka dan menjadi lebih marah, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Saya cuba untuk belajar memaafkannya. Kini saya sedang membina masa depan saya untuk keluarga....ini tidak bermakna saya tewas.. Tunggu dan lihat....
1 comment:
dah baca sedih betul....:[
Post a Comment