Sunday, May 31, 2009

CUCI KERETA DI TANJUNG MALIM LEBIH MAHAL


Perkhidmatan mencuci kereta di Tanjung Malim lebih mahal daripada di Kuala Lumpur.

Apa yang membezakan harganya, tidaklah sangat saya ketahui.

Saya cuma dapat memberikan perbandingan begini :

Pengusaha perkhidmatan cuci kereta yang saya kunjungi di Tanjung Malim menyediakan perkhidmatan di sebuah tanah lapang dan berbumbung khemah sementara. Tiga orang pekerja tempatan keturunan India sama-sama bekerja di bawah khemah itu.

Manakala di Kuala Lumpur pusat cucian kereta yang sering saya kunjungi, berada di dalam kedai yang disewa dan mengaji beberapa orang pekerja Bangladesh.

Mungkin juga air dan tenaga elektrik di Perak lebih mahal daripada di Selangor atau Kuala Lumpur menyebabkan harga perkhidmatan lebih sedikit. Atau mungkin juga harga perkhidmatan yang diberi mengikut saiz dan jenis kereta.

Mungkin juga pekerja Bangladesh yang digaji hanya tahu bercakap beberapa perkataan Bahasa Malaysia, berbanding pekerja cuci kereta tempatan di Tanjung Malim.

Dan kerana hanya tahu menyebut beberapa harga sahaja, peluang untuk mereka menipu harga tidak berlaku.

3 comments:

Komander Ramli said...

Mungkin permintaan melebihi keupayaan perkhidmatan cuci kereta di Tanjung Malim

Terima kasih,,dan aku tidak akan basuh kereta di Tanjung Malim kalau ada pun cari lah pembasuh kereta wong jowo

Komander Ramli said...

Mungkin permintaan melebihi keupayaan perkhidmatan cuci kereta di Tanjung Malim

Terima kasih,,dan aku tidak akan basuh kereta di Tanjung Malim kalau ada pun cari lah pembasuh kereta wong jowo

LEKLOOK said...

Sebenarnya berniaga perkhidmatan cuci kereta boleh tahan jugak pulangannya.

Kalau tidak, tak kan perkhidmatan cuci kereta di dalam kedai sekarang tumbuh macam cendawan.

Datuk Seri Farid sebelum jadi CEO TV3 dulupun pernah jadi pengusaha perkhidmatan cuci kereta.