Diantara 11 prinsip kepimpinan ketenteraan ialah mengetahui anggota tentera anda dan memastikan kebajikan mereka.
Menyedari hakikat bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir sempurna di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan, kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memikul tanggungjawab itu memberi lebih tumpuan kepada kebajikan anggota tentera, sebagaimana terkandung dalam 11 prinsip itu.
Untuk melengkapkan kesebelasan prinsp itu bukanlah pra-syarat sebagai Menteri Pertahanan. Ia seharusnya sudah sebati di dalam sanubari semua pegawai tentera daripada pangkat Leftenan Muda sehinggalah yang berpangkat Jeneral dengan memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT).
Namun hampir semua prinsip kepimpinan ketenteraan itu sudah dimiliki Zahid.
Sebelas prinsip kepimpinan tentera ialah;
1. Mengetahui diri sendiri dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri.
2. Sentiasa cekap dari segi taktikal dan teknikal.
3. Bersikap tanggungjawab dan mengambil tanggungjawab kepada setiap tindakan.
4. Membuat keputusan yang jelas dan tepat.
5. Sentiasa menjadi contoh.
6. Mengetahui anggota tentera anda dan memastikan kebajikan mereka.
7. Memastikan anggota bawahan sentiasa diberi maklumat.
8. Meningkatkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan anggota bawahan.
9. Memastikan misi difahami, diselia dan dilaksanakan.
10. Wujudkan pasukan.
11. Beri tugas kepada unit anda berdasarkan kebolehan mereka.
Zahid dalam gagasannya untuk melaksanakan usaha bagi memastikan kebajikan pegawai dan anggota ATM dijaga telah mengariskan beberapa langkah. Antaranya menekankan agar pesara-pesara tentera yang melabur dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAB) mempunyai faedah langsung melalui peningkatan pulangan daripada keuntungan LTAB.
Selain itu masalah perumahan yang membelenggu anggota dan bekas anggota tentera akan diberi tumpuan. Ia termasuk menjadikan kawasan-kawasan tanah kepunyaan Kementerian Pertahanan yang tidak dibangunkan, untuk dijadikan kawasan perumahan kepada mereka.
Dan bagi memastikan jasa bekas-bekas tentera sama ada yang berkhidmat sebagai pegawai dan anggota jangka tetap atau pendek terus dipelihara, pindaan Akta Veteran akan dibentang di Parlimen.

3 comments:
Lok,
apa yang selalu di risaukan oleh anggota tentera yang pergi di medan adalah kebajikan keluarga yang ditinggalkan dirumah
jika kebajikan mereka di jaga...apa lagi yang nak dirisaukan..bertempur adalah tugas hakiki anggota tentera...tugas pentadbir dan pembuat dasar adalah menjaga kebajikan mereka..hanya pendapat peribadi aku
Komander,
Bukan opo jauh sekali pasal MP kakangku. Tapi hakikatnya koyo kui laa...yo!
Bantulah seng patutan. Kesuwon.
Lok
Lok...he had staff now..i just want to remind you that dia bukan sahaja bertanggungjawab menjaga keselamatan negara tetapi yang penting kubu terakhirnya di Bagan Datoh...i dont see his blog and i doubt if he read your blog..takut yang di kejar tak dapat yang ada cicir.Yang baik akan terbenam oleh sedikit kesilapan
Post a Comment