Saturday, May 9, 2009

PERAK LAHIRKAN TOKOH POLITIK 'SI-LUNCAI'

“ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?“So go and tell that …”


Pembangkang di Perak bebal atau bodoh sombong. Kurang ajar dan sanggup mengadai maruah bangsa dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri serta kedaulatan Raja demi melaksanakan kelangsungan politik mereka.

Tidak pernah dibuat oleh orang yang bergelar YB, berdiri di atas meja. Kanak-kanak di Tadikapun malu untuk melakukan perlakuan itu. Rakyat di kawasan yang diwakilinya tentu malu mendapat wakil rakyat berperangai macam monyet.

Kurang ajar! Pemangku Sultan Perak yang sudah duduk untuk memulakan perasmian sidang, dihalang oleh kumpulan pembangkang yang berdiri di tengah-tengah dewan.

Itulah perlakuan sumbang pembangkang dalam usaha untuk mengagalkan DUN Perak daripada terus bersidang.

Mereka sanggup melakukan apa saje untuk menghalalkan cara. Tidak cukup dengan sejarah lucu dan bodoh yang dicatatkan mereka di bawah pokok. Generasi baru kini disogokan lagi dengan satu lagi sejarah mual.

Pastinya generasi selepas ini akan ketawa terbahak-bahak apabila membaca buku mengenai sejarah politik Perak yang dicemari badut-badut itu.

Kalau Dato Maharajalela dan Dato Sagor dicatat sebagai pahlawan Melayu Perak, pastinya juga sejarah Perak selepas ini tidak akan lupa mencatatkan dua nama ini.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Khoo Ham nanti sudah tentu akan dicatat sebagai dua tokoh legenda politik 'Si-Luncai' Perak.

Dan sudah pasti sidang DUN Perak yang dihadiri dua tokoh itu menjadi sidang yang jelik dan hodoh pernah tercatat dalam sejarah politik negara, dengan sisipannya sidang di bawah pokok yang meninggalkan kesan kurafat.

2 comments:

Anak Desa said...

Salam...kasihan si luncai zambry - Nizar MB yang Sah.Kali ini puak darah biru bakal menyatakan mahkamah derhaka kepada sultan?...semut seberang sungai nampak,gajah depan mata jadi buta!

Siswa UTP said...

Pastinya generasi selepas ini akan ketawa terbahak-bahak apabila membaca buku mengenai sejarah politik Perak yang dicemari badut-badut itu.

Memang kami gelak. Kami gelak terhadap perangai hodoh zambry. Bosan dowh ngn BN.

Gentle la wei. Apa takut ke nk praya? Apa2 pn, tggu la praya akan datang. Kamu peerhatikan saluran peti undi 4 ke atas.

Kebangkitan golongan muda terutamanya mahasiswa akan menjadikan UMNO sebagai parti pembangkang di Malaysia.

Allahuakbar!