Friday, May 8, 2009

BUDAYA SAMSENG DALAM DUN PERAK

Foto : AHLI Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, Loke Chee Yan berdiri di atas meja.
ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam blognya berkata sebaik sahaja Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, ADUN pembangkang bergegas memasuki dewan terlebih dahulu dan menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang telah ditetapkan kepada pihak Kerajaan.
Mereka juga mengalihkan tanda nama dari kertas ke sebelah kanan, dan mengoyak tanda nama ADUN BN dan dibuang entah ke mana.
Mengikut prosiding mesyuarat, Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri sepatutnya memulakan mesyuarat dengan membaca doa, tetapi Sivakumar menolak aturcara itu sebaliknya terus membuat ketetapan tidak akan memulakan mesyuarat selagi 10 ADUN yang dinamakannya, tidak keluar daripada dewan itu.

3 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

Wong melayu kocor....aku kie wes gerehetan ndelok wong koyo ketek....

PENA MINANG said...

Apaa laaa nak jadi dengan Puak2 Pembangkang ni...Masih dok perasan 'berkuasa' di Perak, sedangkan terang-terang dah hilang kuasa. Jenis manusia tak boleh terima kenyataan.

Anonymous said...

Itu belum lagi kalau dapat kuasa memerintah..