Friday, May 29, 2009

JANGAN TINGGALKAN BEG DI DALAM KERETA








Hari ini (khamis) nasib tidak menyebelahi saya. Sekembali daripada menziarahi bapa yang masuk semula ke hospital tengahari tadi, saya dapati tingkap cermin kereta di sebelah kiri depan dipecah orang.

Sebuah beg laptop dilarikan bersama-sama sebuah mobil telefon, GPS, buku akaun bank dan fail peribadi.

Menurut saksi kereta saya tidak nampak dipecahkan ketika beliau menghantar anak ke sekolah, tetapi apabila pulang kira-kira jam 2:30 petang cermin kereta saya sudah berkecai. Menurut wanita itu keretanya pernah dipecahkan di depan rumahnya itu hanya kerana terdapat beg sekolah anaknya di dalam kereta.

Hari ini, walaupu kereta diletakkan di bahu jalan dengan ramai orang yang lalulalang, penjenayah masih mampu melakukan kerja celaka itu.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi selepas beberapa minit mencari lokasi dan tempat meletak kereta. Selepas selesai membuat laporan, saya diarahkan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhampiran Stadium Merdeka untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Setibanya di bilik pegawai berkenaan pintu berkunci. Di sebelah kanan biliknya apabila saya ketuk muncul seorang pegawai penyiasat wanita bertelekung, baru nak memulakan solat asar.

Manakala bilik di sebelah kiri pula kelihatan beberapa wanita seksi sedang disoalsiasat oleh pegawai penyiasat yang lain.

Kira-kira jam 6 petang baru pegawai penyiasat berkenaan datang dan membuka kunci pintu biliknya. Saya hanya pulang kira-kira jam 6:30 petang setelah jurufoto polis mengambil gambar kereta yang dipecahkan.

Namun kerana jalan sesak dan hari sudah gelap saya tidak dapat meneruskan hajat untuk mencari kedai cermin kereta.

Tumpuan untuk pergi semula ke pejabat ketika itu sudah tiada lagi.

Esok satu lagi cabaran menunggu - untuk mencari kedai cermin kereta.

Pengajaran : Jangan sekali-kali meninggalkan sebarang beg di dalam kereta yang boleh menarik perhatian penjenayah walaupun anda dalam keadaan tergesa-gesa.

6 comments:

Suara Perindu said...

Nasihat yang amat berguna.

Anonymous said...

dugaan Allah tuan,teriam sajalah.
tapi tak baik tuan terus boh celaka saja wp mmg kerja tu hina sgt.

PENA MINANG said...

Bersabar laa Bro, benda ni semua ketentuan Allah. Kita doakan supaya Sang Penjenayah itu menyedari apa yang dia lakukan itu adalah satu dosa. Semoga ALLAH memberi rahmat kepadanya.

Kepten Ramli Kardi said...

Man, aku pernah kena sekali.Memang itu ketentuan Allah tetapi lantaran ia adalah kita sendiri yang LALAI
Aku tidak buat report polis sebab tak banyak benda yang hilang di bandingkan dengan risiko takut banyak masa terbuang...ko faham faham jer lah..tapi aku rekodkan apa yang berlaku secara bertulis apa yang hilang sign aku dan isteri aku dengan seorang lagi kawan sebagai saksi..takut benda tu digunakan untuk jenayah.Orang sekarang dah tak peduli dosa pahala orang sekarang beranggapan sapa cuai dia kerugian

LEKLOOK said...

Saya kena buat juga laporan polis, walaupun memakan masa kira-kira empat jam baru selesai.

Bukan kerana barangan yang tidak seberapa harganya, tetapi dokumen penting yang hilang bersama-sama fail serta buku akaun bank.

LEKLOOK said...

Saya kena buat juga laporan polis, walaupun memakan masa kira-kira empat jam baru selesai.

Bukan kerana barangan yang tidak seberapa harganya, tetapi dokumen penting yang hilang bersama-sama fail serta buku akaun bank.

Esoknya saya terbuang hampir setengah hari kerana urusan pemasangan cermin kereta disebabkan tiada stok.