Saturday, May 30, 2009

COMBI DAHULUI KONVOI VOLKSWAGEN KE LUMUT


Dua minggu lalu Kelab Volkswagen Klasik Selangor (KVKS) melalui Komander Ramli meminta kami membuat liputan konvoi dari Shah Alam ke Pangkalan TLDM di Lumut.

Stringer kami yang diarah mengikuti konvoi hingga ke Kuala Selangor rupanya mengikuti mereka sehingga ke garisan penamat. Menyedari minat stringer berkenaan terhadap aktiviti begitu saya tidak menghalangnya. Lagipun tiada tuntutan bayaran lebih daripadanya.

Tanpa disengaja, titik peluhnya hanya dibalas dengan penyiaran beberapa saat visual aktiviti itu di akhir siaran, walaupun banyak lagi visual menarik yang diambil.

3 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

It is okay bro..bebudak aku suka sangat...balik sampai kl yang bujang bujang lepak dulu kat rumah aku nak tenguk berita..bersorak depa...walaupun sikit sangat

vwclubselangor said...

terima kasih tidak terhingga dari pihak kami.. liputan ini walaupun ringkas tapi cukup bermakna sebagai kenangan kami berkonvoi.. harap di lain masa ada lagi.. hehehe.. mari kita pakat main volkswagen.. best2..

LEKLOOK said...

Terima kasih kembali, sekadar untuk memenuhi tanggungjawab sosial kami.

Harap-harap selalulah tenguk berita kami yang berwajah baru tu!

Penonton kami setiap bulan semakin bertambah. Jadilah antara penonton Berita TV9 yang setia.